Thursday, January 20, 2011

Chus Soi Lek hina Islam, mana kenyataan Jamil Khir ?

Umno gagal fahamkan MCA nilai Islam

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Umno gagal memberikan kefahaman kepada rakannya MCA mengenai ajaran Islam yang sebenar meskipun sudah lebih lima puluh tahun berada di bawah parti yang sama.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar) berkata, perkara ini terbukti apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam.

"Kenyataan presiden parti komponen BN yang bersekongkol dengan Umno jelas menunjukkan Umno gagal memahamkan amalan Islam yang sebenarnya walaupun sudah berpuluh-puluh tahun MCA berkawan dengan Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersendakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram dan mengenakan sarung tangan apabila hadir ke program bersama rakyat.

Soi Lek juga turut menyamakan calon pilihan raya kecil Dun Tenang, Normala Sudirman dengan Azizah dan mengandaikan Normala tidak akan hadir ke tempat ibadat bukan Islam dan berjabat tangan dengan orang ramai.

Lo' Lo' yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, Soi Lek tidak wajar mengeluarkan kenyataan demikian kerana ianya bersifat penghinaan terhadap agama lain.

"Kita muslimat atau wanita Islam sedaya upaya mengikut ajaran Islam yg melarang lelaki perempuan bergaul bebas termasuk bersalam-salaman," katanya.

Beliau turut mempersoal sikap membisu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berhubung perkara itu.

"Sekali lagi Presiden MCA menghina dan memperlekeh Islam. Kali ini dia memperlekeh dan menghina calon PAS dan Presiden PKR Wan Azizah yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahram dan memakai sarung tangan ketika bersalam jika terdesak semasa berkempen atau semasa program bersama orang ramai. Ini adalah amalan Islam.

“Di mana Jamil Khir?" soalnya.

No comments:

Post a Comment