Friday, January 7, 2011

Dua pemuda , seorang remaja yang ditembak mati polis tiada rekod jenayah lampau


Serah Memo Kepada KPN, Keluarga MangsaTuntut Keadilan


KUALA LUMPUR 8 Jan. : Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis termasuk seorang remaja berusia 15 tahun pada awal pagi Sabtu, 13 November, 2010 di Glenmarie menuntut polis membuat penyiasatan segara dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Mangsa Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15 tahun, Mohd Hairul Nizam Tuah, 20 tahun dan Mohd Hanafi Omar, 22 tahun ditembak mati kerana polis mengesyaki mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan penjenayah 'Geng Minyak' yang merompak beberapa stesen petrol dan Pemangku Ketua Polis Selangor pada masa itu, Datuk A Thaiveegan membuat tuduhan liar mengatakan mereka sebagai 'penjenayah tegar', tetapi tiada seorang pun mangsa yang mati pada malam itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Peguam Lawyers For Liberty (LFL), N Surendran yang mewakili para keluarga mangsa menghantar satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pagi tadi berkata, beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu pembunuhan dan bukannya ditembak polis kerana mempertahankan diri.

"Kita berkumpul disini hari ini kerana para keluarga mangsa telahpun membuat laporan polis pada 20 November tetapi sehinga hari ini tiada tindakan telah diambil.

Sebelum polis memulakan siasatan, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan yang memihak anggotanya. Sejak awal lagi kita sangsi mereka akan cuba menutup kes ini dan mereka memang berbuat demikian. Saya dapat beritahu hari ini, pasti ini adalah pembunuhan kerana polis mendakwa mangsa telah menyerang polis dengan parang, dan jika begitu kenapa kesemua mangsa mengalami luka tembakan di dahi dan di dada?," soal Surendran.

Memorandum yang diserahkan kepada Ketua Inspektor Saipul Anwar Razali yang menerimanya bagi pihak KPN, antara lain meminta polis menjalankan siasatan yang telus, efektif dan adil serta mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota-anggota polis yang melepaskan tembakan hingga mengakibatkan kematian ketiga-tiga mangsa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ahli Parlimmen Subang, Sivarasa Rasaiah turut hadir bagi memberikan sokongan kepada LFL dan keluarga mangsa.

Norhafizah Mad Razali, ibu salah satu mangsa, Shamil, berkata beliau hanya mahukan keadilan terhadap kematian anaknya dan berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada mana-mana keluarga selepas ini.

"Dia ditembak kat dada dan tepat di dahi dia, tak boleh nak bayangkan sampai sekarang bagaiman keadaan anak saya masa itu. Saya nak orang yang bertanggungjawab atas pembunhan anak saya ditangkap, diihukum," kata beliau sambil menangis.

Kakak kepada Hairul, Norhaliza Tuah, 27 tahun yang mengenal pasti mayat adiknya di hospital menyuarakan rasa sangsi beliau bahawa adiknya mungkin telah dipukul oleh polis sebelum menembak mati adiknya dari jarak dekat.

"Kami terkejut dengan apa yang terjadi dekat dia (Hairul) dan saya nak tahu kenapa, cara tembakan dia tak munasabah sebab cara tembakan menjunam ke bawah, tembus.

"Dan kecederaan pada mayat, mata dia lebam dan dua tembakan. Atau dia dipukul dulu ke macam mana saya pun tak tahu," jelas beliau.

Manakala bapa kepada Hanafi, Omar Abu Bakar, 58 tahun menyatakan berdasarkan kesan tembakan yang dialami oleh anaknya, alasan polis bahawa ketiga-tiga mangsa telah menyerang polis adalah tidak munasabah.

"Jadi saya memang tak puas hati sebab dia kena tembakan dia kena sebelah kanan; polis kata cuba serang polis, kalau macam itu mesti (kena tembakan) berdepan, ini maknanya dia (berada) di dalam kenderaan (semasa ditembak)," tegas Omar.

Surendran berkata, inilah sebabnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diperlukan sebagai satu alat untuk mengawal tingkahlaku polis sekalugus dapat mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

"Kita bimbang kerana setiap kali insiden seperti ini berlaku, remaja tidak bersalah ditembak mati. Aminulrasyid, 14 tahun, dan kini anak lelakinya (Norhafizah), 15 tahun! Apa yang berlaku di negara ini? Polis perlu dikawal, kita perlukan IPCMC. Kita berkumpul bukan sahaja untuk membela mereka yang telah ditembak mati tetapi juga untuk kesemua remaja yang kini berada dalam bahaya kerana polis kini bertindak liar," tegas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment