Thursday, January 6, 2011

Harga getah meningkat, pencuri getah juga meningkat

Kes curi getah meningkat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwV2V8n_vRz2Oct9-Ld4x8xt9RXaE2J8rf-2wI8-ew6K-k_vfHjgrMmRGjSAEB8RvV9a5ec4OSSOguobdT2t_Fj8tPzgWBj3Cpm2ji0HErHaEnxlFLU6nXpnQ5-XuILWEzyciHJ5POCJM/s400/P1.jpgKERDAU, 6 Jan. : Lebih 5,000 penduduk dengan bantuan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di 10 kampung dekat Kerdau terpaksa bergilir-gilir menjaga ladang untuk mengelakkan hasil getah dicuri penjenayah.

Dengan harga getah mencecah RM7 sekilogram, mereka terpaksa menubuhkan pasukan rondaan dan membina pondok bermalam di ladang getah gara-gara kegiatan mencuri getah semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Abdul Hamid Jainal, 62, berkata, sepanjang bulan Disember tahun lepas, sebanyak 12 kejadian mencuri getah berlaku di kampung itu.

“Bagi mengelakkan kegiatan itu berleluasa, Rela dengan kerjasama penduduk dan pemilik ladang menjalankan rondaan serta berjaga pada waktu malam.

“Langkah yang diambil Rela, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk untuk melakukan rondaan serta berkawal berjaya membendung kejadian itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata, mereka akan terus melakukan rondaan secara bersepadu untuk memastikan kejadian mencuri getah tidak berulang.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada 5,000 penduduk dari 10 kampung itu bekerja sebagai penoreh getah manakala yang lain berniaga sendiri, bekerja kilang dan sebagainya.

“Penduduk di sekitar Temerloh dinasihatkan supaya sentiasa mengawal hasil ladang mereka untuk mengelakkan ia menjadi sasaran penjenayah berikutan terletak jauh dari penempatan penduduk.

“Masalah kecurian getah bukan sahaja berlaku di Kerdau dan Temerloh malah membabitkan kawasan lain memandangkan harganya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, terdapat penoreh yang mampu meraih pendapatan sehingga RM600 sehari namun mereka terpaksa berdepan pelbagai ancaman termasuk kegiatan kecurian yang berleluasa sejak akhir-akhir ini.SH

No comments:

Post a Comment