Wednesday, January 5, 2011

Logo 1Malaysia : Logo politik yang tidak dibenarkan

Logo 1Malaysia: Dilarang Aktiviti Politik Dan GLC Negeri- MB


SHAH ALAM 5 Jan.: Larangan penggunaan logo 1Malaysia dan aktitivi berkaitan kempen politik Umno-Barisan Nasional hanya untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata syarikat berkenaan dilarang menggunakan wang rakyat mempromosikan 1Malaysia.

Premis swasta adalah bebas untuk menggunakan logo dan slogan 1Malaysia, kata Khalid.

Tan Sri Khalid berkata logo dan slogan 1Malaysia boleh digunakan selagi ia tidak mencerca kerajaan negeri atau diguna untuk memancing undi.

"Kita hanya menghalang GLC dari menggunakan wang rakyat untuk mempromosikan 1 Malaysia. Tiada larangan untuk premis swasta, cuma mereka perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan supaya ia menepati garis panduan kerajaan tempatan," jelas Khalid.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Tempatan Ronnie Liu berkata arahan menurunkan papan iklan tidak dibekukan.

Undang-undang kerajaan negeri hanya membenarkan papan iklan kempen sekiranya ia mempunyai permit dan piihak berkuasa tempatan tidak menganggapnya sebagai propaganda politik.

"Premis swasta boleh terus guna asalkan ia tidak mencerca atau diguna untuk tujuan politik. Contohnya kalay slogan adalah 1Malaysia dan ditambah undilah BN, (maka ia dilarang)" kata Khalid.

Menjawab larangan keatas syarikat berkaitan kerajaan negeri, Khalid berkata sumber rakyat adalah lebih baik digunakan untuk mempromosikan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

"Kita mengambil keputusan untuk tidak membazirkan wang rakyat untuk 1Malaysia. Lebih baik menumpukan sumber untuk kempen Merakyatkan Ekonomi Selangor," tegas Khalid.

Program Merakyatkan Ekonomi Selangor seperti pemberian air percuma 20 meter padu, bantuan khairat Skim Mesra Usia Emas, pemberian RM100 setiap bulan untuk anak-anak Selangor yang baru lahir melalui Tabung Warisan Anak Selangor dan bantuan RM1000 untuk anak Selangor yang berjaya masuk ke universiti mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

No comments:

Post a Comment