SHAH ALAM 5 Jan. :Koroner Azmil Muntapha Abas Teoh Beng Hock hari ini tidak dapat memutuskan samaada mendiang dibunuh atau membunuh diri, justeru mengumumkan kes tersebut "open Verdict".
Dalam pada itu ahli keluarga TBH menggesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan Beng Hock.
Sementara itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang ditemui melahirkan kekecewaan terhadap keputusan yang dibuat.
Ronnie Liu berkata, kita perlu mahkamah rakyat. Nampaknya mahkamah ini tidak dapat memberi apa-apa keputusan. Kita mahu Suruhanjaya diRaja.
Dr Yaakob Sapari menuntut satu Suruhanjaya Diraja dan menganggap ini hanya drama sahaja.
"Rakyat mengharapkan jawapan bagaimana Beng Hock mati. Itu tidak dapat diselesaikan hari ini. Kita merasa kesal kerana tidak mendapat jawapan. Semua rakyat tidak tahu siapa yang perlu dipertanggungjawabkan. Saya tegas sudah sampai masa SPRM ambil sikap bertanggungjawab atas mana-mana orang yang disoal siasat. Hari ini adalah hari paling malang buat semua rakyat Malaysia," kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akim.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan berhubung kematian pembantu Exco Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lepas.
Mendiang Beng Hock mati ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat 5 pejabat SPRM Shah Alam.
Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.
Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.
Manakala Peguam yang mewakilinya mendiang Beng Hock pula hadir kira-kira pukul 2.30 petang bersama bapanya Karpal Singh.
No comments:
Post a Comment