PARIT BUNTAR, 25 Jan. : Pas Kawasan Parit Buntar meminta Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita beragama Islam.
Ketua Penerangannya, Fakhrurrazi Khalid menyifatkan tindakan Soi Lek itu, menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai menghina agama Islam iaitu agama rasmi negara.
“Beliau sepatutnya perlu menghormati ajaran, didikan dan pendirian agama masing-masing.
“Sepatutnya juga pemimpin UMNO memainkan peranan memberi kefahaman kepada pemimpin MCA ini kerana ternyata beliau ini terlalu jahil.
“Sudah lama beliau berkawan dengan pemimpin UMNO, tetapi pemimpin UMNO tidak memberi kefahaman sebenar tertib bersalam orang Islam,” katanya.
Fakhrurrazi berkata, kontroversi yang ditimbulkan Soi Lek telah diikuti beberapa pemimpin MCA dan Gerakan yang turut mempertikaikan tertib bersalam orang Islam.
“Setelah 53 tahun merdeka MCA dan Gerakan sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.
“Beliau kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.
Menurutnya, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban calon Pas, Normala Sudirman untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.
“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim, mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya,” katanya.
Katanya, MCA harus memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya golongan wanita sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.SH
No comments:
Post a Comment