Tuesday, January 11, 2011

Polis bersalah terima rasuah

http://cbn.edu.my/kadetpolis/files/2009/08/logo-kadet.jpgAYER KEROH, 11 Jan.: Seorang pegawai polis di cawangan trafik dihukum penjara 18 bulan dan denda RM13,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah, tujuh tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi terhadap tertuduh, Mastor Ibrahim, 47, yang berdepan dengan dua pertuduhan pada hari mendengar keputusan rayuan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh secara rasuah menerima suapan wang tunai RM570 melalui Abdul Shukor Hassan sebagai dorongan untuk mengurangkan tindakan saman trafik ke atas lori milik Pang Sen Haw.

:Mastor melakukan kesalahan itu di Wijaya Auto Accessories & Air Conditioner Centre, No 9905, Majlis Tanah kira-kira jam 5.30 petang pada 2 November 2004.

Polis yang berpangkat Cif Inspektor itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Mastor telah bertindak melengah-lengahkan Penolong Penguasa Badan Pencegah Rasuah Negeri, Khairul Azidi Yahidin dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Akta Pencegah Rasuah 1997 dengan melarikan diri ketika dibawa balik ke pejabat BPR Melaka berkaitan kes BPR Melaka Aduan No 19/2004.

Kesalahan itu dilakukan di persimpangan lampu isyarat Masjid Al-Azim kira-kira jam 1.50 pagi, pada 3 November 2004.

Mastor yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dituduh mengikut Seksyen 29 (b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum penjara di bawah Seksyen 58 akta yang sama.

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Roziza Sidek, memohon kepada mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan serius.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan denda RM10,000 terhadap pertuduhan pertama dan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika tidak membayar denda bagi pertuduhan kedua.

Mastor yang diwakili peguam bela, Yau Jiok Hua meminta penangguhan hukuman, sementara menunggu keputusan di mahkamah rayuan disebabkan anak guamnya itu akan menunaikan umrah pada 3 Mac depan.

No comments:

Post a Comment