Fitnah ‘zina’ tidak berasas: Normala
LABIS , 21 Jan. : Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman ‘berzina’ tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.
“Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.SH
syabas puan,perjuangan menegakkan kebenaran terutamanya islam memang dapat tentangan bukan dari orang kafir tetapi dari orang melayu yang kononnya dilahirkan islam. Allah lebih nengetahui mana satu syaitan yang bertopengkan agama islam amin.
ReplyDelete