Tuesday, January 18, 2011

Tenang masih tenang, tapi Umno bergelora

Artikel : Besar kemungkinan Umno tidak akan mencalon wanita untuk bertanding dalam pilihan kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. Seorang calon wanita yang disebut-sebut akan diletakkan bertanding dikatakan ada masalah. Umno akan mengumumkan calonnya petang esok. Muhyiddin Yassin dijangka melakukannya.
Pas telah pun mengumumkan calonnya untuk diletakkan pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 30 Januari nanti. Calon Pas seperti diduga awal, Normala Sudirman, 35 seorang bekas guru.

Sambutan dan komen awal terhadap Normala sebaik diumumkan sebagai calon memberangsangkan. Blog Merah Tinta sendiri menimangkan Normala sebagai Shopia Loren

Umno dijangka mengumumkan calonnya esok. Ia mungkin dilakukan sendiri perdana menteri. Najib kena turun sendiri sebab pilihan raya Tenang tidak berapa tenang buatnya. Pilihan raya Tenang akan dijadikan petunjuk. Najib perlu Tenang menang bagi menolak analisa sesetengah pihak mengatakan pengaruh Umno di Johor sudah mulai berkurangan sejak kebelakangan ini.

Najib juga perlu Tenang dimenangi Umno untuk membuktikan bahawa orang Cina masih menyokong Umno. Undi orang Cina yang beralih angin pada pilihan raya umum lalau dikatakan sudah berjangkit ke Johor. Sejauh mana wabak "PRU12" itu benar akan terjawab menjelang malam 31 Januari nanti.


Pilihan raya Tenang juga akan membuktikan sejauh mana pengaruh peribadi Chua Soi Lek dan Chua Jeng Meng di Johor. Mudah saja.. kalau Tenang dimenangi dengan majoriti besar oleh Umno bermakna Jeng Meng tidak mempunyai pengaruh besar dan mampu merubah suasana. Kehadiran Jeng Meng dalam PKR tidak lebih dari gendang naga saja. Kemenangan Umno di Tenang juga memberi gambaran bahawa Umno masih kuat dan totok di negeri berjiran dengan Singapura itu.


Sebaliknya kalau Umno kalah dan Pas menang, maka Umno Johor perlu bersiap sedia untuk membungkus diri. Selat Johor terbatang luas untuk menerima bangkai dan jenazah Umno dalam pilihan raya ke -13 kelak.


Perkembangan hari ini menggambarkan bukan senang untuk Umno menang besar di Tenang. Bukan saja kerana Pas menurunkan "Shopia Loren" tetapi antara puncanya nakti kerana masalah dalaman parti tersebut. Tenang sebenarnya bergelora bagi Umno.


Sehingga kini khabarnya Umno belum memutuskan siapa yang akan diletakkan berdepan dengan Shopia Loren. Ada empat nama yang disebut-sebut akan dipataruhkan oleh Umno. Mereka ialah timbalan ketua Umno Labis, Rsudin Mahmud, naib ketuanya, Hashim Daud. Dua nama lagi ialah ketua wanita Haslina Salleh dan seorang ahli biasa, Mohd Azhar Ibrahim.


Rusdin dan Hashim masing-masing adalah guru. Rusdin pernah berkhidmat di sekolah di Chaah manakala Hahsim adalah pesara. Haslina pula seorang ahli perniagaan dan Azhar penolong pegawai Daerah Rengit.


Itulah mpat nama yang disebut-sebut dan sedang berebut. Lobi melobi hangat dijalankan sehingga sampai ke Oman katanya? Kenapa Oman, tanya Mat Maslan ibnu Felda?


Selain dari empat nama itu ada satu lagi nama yang bergerak dari bawah dan mendapat sokongan ramai. Dia dimaksudkan ialah bekas Pegawai Khas bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba, Rahman Yunus. Walaupun Rahman ahli biasa tetapi mempunyai pengaruh meluas di Labis. Sudah timbul cerita kalau beliau tidak dicalonkan, beliau akan membuat onar. Katanya 12 cawangan sudah berada di tangannya yang akan dibubarkan bila-bila masa saja kalau Rahman tidak dicalonkan.


Sama ada benar atau tidak, katanya berdasarkan sumber yang layak dipercayai, Rahman juga sudah menemui Anwar Ibrahim. Apa cerita sila telefon Tamrin Ghafar.


Sekiranya isu Rahmat ini tidak dapat diselesaikan Umno akan menghadapi masalah besar di Tenang. Isu Rahman inilah juga menjadikan Umno tidak tenang dan akan bergelora sehingga ke hari mengundi di Tenang. Apakah sempena dengan kunjungan Najib untuk meletak kerja hari ini, Rahman sudah dibawah berjumpa Najib? Apakah?MSO

No comments:

Post a Comment