|
LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini. (GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambar pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.) Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka. (GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.) "Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.
|
Tuesday, January 25, 2011
Roboh gerai penduduk di Tenang : Umno semakin sombong , berlagak dan kejam
Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa
Mengadulah pada yg Maha Esa, insyallah, Dia akan membantu. Bagi puak yg merasakan diri mereka berkuasa, insyaallah sampai masa nanti kuasa kamu akan hilang dan tika itulah kamu akan tahu tinggi rendahnya langit.
ReplyDelete