Thursday, February 17, 2011

Datuk Dr. Suhaimi Wan Daud keluar Umno sertai PKR

Kempen: Anak muda tidak ‘makan’ mi segera

KETEREH, 18 Feb: Mantan Setiausaha Sulit kepada bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Suhaimi Wan Daud mendakwa Umno Barisan Nasional yang mendominasi kerajaan menggunakan habis-habisan jentera kerajaan bagi mempertahankan parti pemerintah terutama bagi menenangi pilihan raya kecil.

Beliau berkata, bagi mempertahankan kuasa, Umno BN banyak menghabiskan wang untuk dicurahkan pada kawasan pilihan raya kecil berkenaan di samping menggunakan banyak agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Penerangan, Komunikasi dan Penerangan.

“Keadaan itu berlaku terutama pada pilihan raya kecil di kawasan luar bandar seperti di kawasan Felda, yang masih lagi ‘termakan’ kempen pembangunan mi segera Umno BN.

“Ini berbeza dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang menguasai bandar, namun mudah untuk masuk kampung mendekati rakyat,” katanya pada majlis ringkas upacara penyerahan borangnya memasuki PKR yang berlangsung di hadapan lebih 10,000 hadirin di Padang Majlis Perbandaran Islam, Ketereh, malam tadi.

Beliau menyerahkan borang kemasukan dalam PKR itu kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, golongan terpelajar termasuk anak masyarakat luar bandar tidak akan terpengaruh dengan langkah Umno BN itu.

“Orang muda tidak akan terpengaruh dengan kempen Umno BN itu. Anak-anak kita khususnya di Kelantan dan di mana saja, apabila pulang ke pangkuan keluarga diharap menerangkan kedudukan sebenarnya tentang Umno BN,” katanya.

Mengulas tindakannya menyertai PKR, beliau menjelaskan bahawa beliau amat prihatin terhadap pengalaman yang dihadapi masyarakat bandar yang berdepan dengan ‘kemiskinan bandar’ termasuk pemandu teksi.

“Berjuang dalam PKR, saya boleh berjuang dengan lebih luas, lebih jauh untuk membantu orang Kelantan khususnya termasuk di Pasir Mas, selaras dengan kelulusan saya dalam jurusan ekonomi,” tegasnya sambil sinis menyatakan tidak akan terikut-ikut dengan mereka yang melompat parti termasuk dari Pasir Mas.

No comments:

Post a Comment