Saturday, February 12, 2011

Gagasan 'PAS Ganti Umno' selamatkan negara dan umat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/gimikhimpit2011.JPGKUALA NERUS - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gagasan ‘PAS Ganti Umno (PGU)’ merupakan satu tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan umat kerana Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) tidak membawa risalah Islam yang sebenar.

Bahkan, menurutnya, lebih parah lagi, kerajaan Umno-BN yang memerintah hari ini turut dilanda ‘wabak’ rasuah yang boleh menghancurkan negara.

(Gambar - pasukan berkuda pemuda menyerahkan bendera 'PAS Ganti Umno' sebagai simbol pemuda sedang bergerak pantas)

“Kali ini kita perkenalkan kepada rakyat satu slogan ‘PAS Ganti Umno’. Kita kemukakan slogan ini untuk menunaikan satu kewajipan yang besar menyelamatkan negara dan umat seluruhnya.

“Umno-BN tidak membawa mesej dan risalah Islam yang sebenarnya. Kerajaan yang memerintah pula dilanda ‘wabak’ rasuah yang boleh menghancurkan negara,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2011 di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, Jumaat 11 Februari .

Menurutnya, rakyat pula mengalami masalah kemiskinan dengan kenaikan harga barang dan tidak ada peluang pekerjaan yang boleh menjamin keselesaan hidup.

Kata Dato’ Seri Abdul Hadi lagi rakyat dilanda keresahan hidup yang tidak aman dengan berlaku gejala kemungkaran, jenayah dan maksiat berleluasa.

“Rakyat mengalami masalah kemiskinan, kenaikan harga barang-barang, ramai orang yang tidak ada pekerjaan, tidak ada rumah dan tanah yang boleh menjamin keselesaan hidup mereka.

“Rakyat juga dilanda keresahan hidup yang tidak aman kerana banyaknya berlaku kemungkaran, jenayah dan maksiat. Semua ini, adalah hasil Umno yang memerintah negara dengan sistem yang ditinggalkan oleh penjajah,” jelasnya dihadapan 10,000 peserta Himpit 2011 tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan perubahan tidak akan berlaku tanpa penglibatan seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Katanya, PAS telah berjaya mengumpulkan sejumlah satu juta ahli di seluruh negara yang istiqamah, jujur dan ikhlas dengan perjuangan tersebut.

“Kita (rakyat) wajib membuat perubahan dan PAS telah berjaya mengumpulkan jumlah ahli yang ramai di seluruh negara hari ini sampai satu juta orang.

“Namun begitu, kita (PAS) tidak boleh buat perubahan sekiranya kita tidak mengambil kira seluruh rakyat, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dan pelbagai bangsa,” ujarnya.

Selain itu, kata Presiden PAS kerjasama dalam Pakatan Rakyat berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini.

Menurutnya, PAS memilih DAP kerana parti orang miskin dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) adalah parti orang yang dizalimi dan teraniaya.

“Kita memilih parti DAP, parti orang-orang miskin. Kita memilih Parti KeADILan Rakyat (PKR), parti orang-orang yang dizalimi dan dianiaya.

“Kita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat dan berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini, dengan menyatukan pandangan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

2 comments:

  1. MAKIN BANYAKLAH NANTI TABUNG AKAN DILANCARKAN DEMI MENYELAMATKAN UMMAH.

    DAH DAPAT JUTA JUTA , 'NON AKTIFKAN' TABUNG TU SUPAYA ORANG TAK TANYA.

    NAK TAU KAEDAH INI TANYALAH TITI SERONG

    ReplyDelete
  2. ni apa kaitan titi serong pulak ni. tabung apa? hang suka buat fitnah la luncai

    ReplyDelete