Anak Tun Mahathir antara terkaya di Malaysia
Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaanMalaysian Business.
Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.
Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.
Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.
Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.
Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.
Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.
Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.
Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.
Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.
ALHAMDULILLAH,
ReplyDeleteSAMPAI KE TAHAP INI SELEPAS TUN BERSARA. MAKNANYER TUN TAK CAKAP KOSONG TENTANG KEJAYAAN UMAT MELAYU.
TAK LAH MACAM ANAK NIK AZIZ. HARAP PEGHABIH BALAK KELANTAN. MACAMANA NAK KAYA. BISNES POLITIK.
MOKHZANI NI BERNIAGA LUAR NEGARA, TAK GANGGU PELUANG ORANG LAIN.
Ye la tu niaga luar negara, dana awam kwsp, lembaga tabung angkatan tentera sapa yang sapu masa bapak dia perintah
ReplyDeleteMemang kita tak nafi dia kaya.Tapi kekayaannya datang macam mana? Tak pa di dunia dia selamat dan bebas tapi....macam mana di mahkamah akhirat nanti.Jawablah.....
ReplyDeleteharta rakyat macam harta mak bapak... cis... kalau betul Mokzani pandai berniaga... suruh dia berniaga kat Laos, Mesir, Sudan... negara2 ni memang perlukan businessman cam dia bangunkan ekonomi... lagipun Mokzani kan pandai cari minyak.... ada bran? Alahai sl LunCai boleh jadi PA atau assistant dia.... lu kan Luncai... apa pun boleh lahhhh....lol
ReplyDeletemagua_putra@2000
anak mahadir kapir..tak tahu ngucap
ReplyDelete