Penunjuk perasaan jalanan di Tripoli lewat semalam pula berhadapan dengan pasukan keselamatan yang menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan mereka.
Benghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya, berada dalam kawalan penunjuk perasaan.
Bagaimanapun anak lelaki Muammar, Saif al-Islam memberi amaran Libya akan berhadapan dengan perang saudara jika keadaan tidak dikawal.
Dalalam ucapan panjang lebar, Saif menawarkan reformasi politik yang signifikan tetapi rejim bertekad akan “bertarung sehingga peluru terakhir” terhadap “elemen-elemen hasutan.”
Beliau mengakui bandar raya sebelah timur – Benghazi dan al-Bayda telah jatuh ke tangan pembangkang.
Hari ini, laporan-laporan dari Tripoli menunjukkan jalan-jalan kelihatan sunyi dengan pasukan keselamatan masih meronda Dataran Hijau selepas pertempuran dengan penunjuk perasaan yang saksi menamakannya sebagai “pembunuhan beramai-ramai.”
Situasi di Libya terus keliharan keliru dan huru-hara.
Ada laporan yang mengatakan Muammar telah meninggalkan Tripoli untuk menuju ke kampung halamannya di Sirt atau kawasan padang pasir Sabha.
Di Tripoli sendiri, elemen pasukan keselamatan masih mengawal jalan-jalan utama meskipun keganasan kelihatan semakin mengecil.
Ketika waktu malam ada serangan kejam ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun selepas khabar angin menyebut Muammar telah meninggalkan negara itu.
Dari semasa ke semasa terdapat detik pembelotan.
Hampir kesemua pemimpin suku kelihatan menyertai tindakan pembangkang, begitu juga pemimpin-pemimpin agama dan beberapa duta kanan Libya.
Laporan BBC menyebut, hampir keseluruhan sebahagian timur sudah berada di luar kawalan kerajaan.
Malah katanya, kuasa Muammar yang sudah memerintah negara itu selama 42 tahun semakin lemah dari hari ke hari.
Duta Libya ke Liga Arab, Abdel Moneim al-Honi mengumumkan beliau menyertai revolusi manakala duta ke India, Ali al-Essawi pula memberitahu BBC, beliau meletakkan jawatan ekoran tindakan ganas kerajaan ke atas penunjuk perasaan.
Mohamed Bayou, yang sehingga sebulan lalu merupakan ketua jurucakap kerajaan Libya berkata, kepimpinan negara itu salah dalam mengancam bahawa akan menggunakan kekerasan ke atas pihak yang membangkang.
“Saya berharap bahawa (Muammar) akan... mengubah ucapan untuk memperakui kewujudan bangkangan popular dalaman, untuk menyertai dialog berkaitan dengan perubahan mendalam dalam sistem Libya,” kata beliau dalam satu kenyataan diperoleh Reuters.
Badan Human Rights Watch pula mengumumkan lebih 200 orang sudah terbunuh sejak Khamis lalu meskipun Saif mendakwa angka itu sengaja dibesar-besarkan.
Ketua Liga Arab Amr Moussa menyifatkan tuntutan penunjuk perasaan sebagai sesuatu yang sahih.
Muammar menerajui Libya sejak 1969.
Satu lagi laporan Reuters menyebut Pejabat Luar Britain telah memanggil duta Libya ke Britain bagi mengecam penggunaan pasukan “maut” untuk mengatasi tunjuk perasaan.
Setiausaha Luar William Hague meminta agar tindakan ganas dan tindakan membunuh penunjuk perasaan dihentikan segera.
No comments:
Post a Comment