Friday, February 18, 2011

Manusia ada pemikiran banggang begini pun boleh jadi menteri Umno

Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak Masuk Akal- FOMCA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2lgI1TCbHIZ3btLBltPeQjhOUbnEG0c9GxM7H7NN2muoWOXE8duhX6WjOG65wbtejzp-No96rz24vubi6pbUll-Uc5OOHO5E2sB5WSzF_XhgPfprXUo9m8OhOM4VmQSApC91zWDXJr-pS/s400/Ismail+sabri.jpgKUALA LUMPUR 18 Feb.: Saranan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, mengesa kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barang di negeri yang ditadbir, disifatkan tidak masuk akal oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah.

Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau dia(Ismail Sabri) sarankan mahu Pakatan Rakyat tentukan harga barang, dia perlu serahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat, kalau dia tidak mampu untuk laksanakan bagi sahaja kepada mereka yang boleh buat," katanya.

Mengulas isu kenaikan harga barang, Sha'ani menjelaskan ia adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi menerusi pengurangan kos sara hidup dalam perkhidmatan sosial mampu mengurangkan beban yang dipikul rakyat.

"Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna.

"Kerajaan hanya boleh membantu dengan cara lain seperti mengurangkan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan kepada perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan pengangkutan awam," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat bukan sahaja dibebani kenaikan harga barang tetapi mereka juga tertekan kerana kegagalan kerajaan dalam memberi gambaran jelas mengapa ia berlaku.

"Sebenarnya selama ini kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membantu rakyat dalam menghadapai kenaikan harga barang," jelasnya.

2 comments:

  1. kenyataan kebudak budakan oleh seorang menteri seolah2 rakyat negara ini semua bengong macam dia, patut la puak2 umnoapco ni tak suka bagi budak2 u cerdik celek politik payah depa nak cucuk hidung bagi rakyat mengaji tingi2 tapi jadi robot.

    ReplyDelete
  2. kenyataan kebudak budakan oleh seorang menteri seolah2 rakyat negara ini semua bengong macam dia, patut la puak2 umnoapco ni tak suka bagi budak2 u cerdik celek politik payah depa nak cucuk hidung bagi rakyat mengaji tingi2 tapi jadi robot.

    ReplyDelete