Kenal siapa ini ? inilah Hamidzun Khairudin . Pernah jadi Ketua Pemuda KeAdilan Selangor, SU Perhubungan KeAdilan Selangor dan calon KeAdilan DUN Sementa pada PRU 1999. Dua kali masuk Umno pada tahun 2001, kemudian sekali lagi masuk Umno pada tahun 2004 .
Boleh baca mengenai sejarah mamat ni dalam kisah Apabila Orang Umno Keluar keADILan ( buat Rahman Palil dan Hamidzun)
Gambar kepimpinan tertinggi Umno Bahagian Kapar. Hamidzun telah dilantik menjadi Setiausaha Bahagian Umno Kapar. Beliau mendapat kepercayaan kerana kesetiaan yang tak berbelah bahagi kepada Umno.
Umno mempunyai agenda merampas Selangor. Salah Satu caranya adalah dengan mempergunakan GAPS yang dipengerusikan Hamidzun. GAPS mendapat liputan besar-besaran dari media massa kawalan Umno. Rakyat digambarkan bahawa GAPS adalah suara rakyat Selangor kerana merupakan NGO tapi hakikatnya GAPS adalah suara Umno
Kemampuan GAPS menggangu pentadbiran Kerajaan PR Selangor menyebabkan Umno memberi peranan yang lebih besar kepada Hamidzun. Beliau yang dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Kapar sejak 2008 yang lalu telah meletak jawatan dan menyerahkan semula jawatan tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Kapar, Dato’ Haji Abdul Rahman Palil. Perletakan jawatan Hamidzun berkuat kuasa serta-merta selepas beliau mengumumkan dalam Mesyuarat Penuh AJK UMNO Bahagian Kapar pada 18 Januari 2011.
Perletakan jawatan tersebut dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian terhadap tugas barunya secara sepenuh masa di Badan Perhubungan UMNO Selangor dan sebagai Pengerusi GAPS.
Jadi tugas Hamidzun melalui GAPS sudah terang lagi bersuluh, bukan nak membongkar penyelewengan tapi nak menyeleweng pemikiran rakyat Selangor. GAPS memang NGO tapi NGO but Umno
Inilah Hamidzun bersama lambang GAPS yang sebenar
sebelum tu kita baca apa kata Jamil Kucing mengenai Hamidzun
Dari jamilkucing buat Hamidzun Khairuddin cukuplah , aku kenal kau semenjak reformasi lagi. cukuplah menipu rakyat, berapa banyak duit keahlian keadilan yg ko orang dan kebas , mungkin ko lupa atau pelupa , tapi aku maish ingat apa ko kata depan pondok pengawal rumah DSAI lama waktu kita berborak . hariraya. aku duduk atas skuter aku ko berdiri. aku hisap rokok. waktu itu. ko kata ( mil kalau ada peluang jalan, selagi ada peluang apa yg kita boleh kebas kita kebas, ) aku tahu wkatu tu ko kata kepada umno tapi maknanya ko jenis songlap jugalah. cukuplah jadi balaci dan barua, fithnah orang , kutuk orang , hina orang , aku tahu ko melayu tapi buanglah sikit perangai buruk melayu yg ada dalam diri kau itu. sampai ke tua orang akan ingat kau penghianat mcm ezam, ko mungkin tak malu, tapi tak kesian ke anak-anak ko. anak siapa? anak Hamidzun Khairuddin . cam pernah dengar nama tu siapa ya/ oooo penghianat tu. tak kesian ke depa.
HAMIDZUN NI SEMUA ORG TAU JENIS MELAYU AMIK PELUANG TAK KIRA KWN KE DIA MESTI NAK SONGLAP PUNYA.. BOLEH DIKATEGORIKAN MELAYU HAPRAK BERJIWA HAMBA MENTELITI SUBSIDI DAN MELAYU TONGKAT.. KERJA NAHI... HIDUP MCM DEDALU NAK HRP DUIT PARTI YG DITUMPANG UTK SARA HIDUP.... TUNGGU 1 HARI UMNOAPCO RUNTUH DIA AKAN CARI PARTI BARU UTK BERTEDUH.. AGAK2 UMNOAPCO NAK CALON DIA KE PRU13 NANTI? SELAGI UMNOAPCO BYK DUIT DIA HIMPIT... INGAT KAMI AHLI UMNOAPCO YG SETIA DIA TETAP CARI JALAN NAK SINGKIR DEDALU NI HANYA TUNGGU MASA BILA KEPIMPINAN LEKA NANTI..... AWAS HAPRAK......
ReplyDelete