Terima Kasih Barisan Nasional???
Puak-puak Umno tak sudah-sudah nak bohong rakyat. Semasa PRK Tenang Umno kempen harga getah naik kerana BN. Pengundi yang tak reti dan tak sedar kena bohong percaya bulat-bulat.
Kempen jenis masih laku walaupun negara sudah lama merdeka. Dulu kempen BN, nak lampu tekan, nak ayaq pulas semua BN bagi senang. Rakyat yang tak tahu bahawa itu tugas kerajaan pun sokong.
Kempen sama juga akan berlaku di Merlimau dan Kerdau. Puak-puak Umno sekarang lebih ramai pakar bohong dan pakar fitnah. Pengundi di Merlimau dan Kerdau akan menjadi mangsa bohong sekali lagi.
Dah tak da modal nak penaik Umno isu naik harga getah, sawit, kelapa pun boleh guna . Siap gantung banner tulis ;
Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik..
Begitulah mudahnya UMNO/BN cuba memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka.
Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO.
Perlukah berterima kasih?? Jika harga Getah,Kelapa Sawit dan juga Kelapa yang meningkat naik itu diikuti pula dengan harga keperluan asas seperti Gula, Minyak Petrol, Gas memasak dan berbagai lagi keperluan asas kini meningkat naik?
Banner ni aku jumpa di satu simpang di Kuala Terong petang tadi ketika dalam perjalanan dari Pulau Pangkor menghala ke Permatang Pauh..
sama juga dengan kenaikan harga minyak di pasaran. siapa yang tentukan. tapi kenapa puak pas terlolong hentam kerajaan? apa punya bongok blogger ni, tutup kedailah..
ReplyDeleteMasalahnya pakngah santan oooi, negara kita pengeluar minyak, hatta gred minyak kita lebih baik dari gred minyak yang kita pakai. Kerajaan kita semestinya bertukar minyak guna sistem barter, jumlah kuantiti minyak kita beli sewajarnya lebih banyak dari minyak yang kita jual, maknanya wajarnya tak perlulah kita terikut dengan harga dunia.
ReplyDeleteDengan kata kenderaan Singapura bantai guna RON95 yang menjadi subsidi rakyat Malaysia. Nampaknya sebuah lagi projek kerajaan Malaysia - projek terbengkalailah. Kejadian tu berlaku di negeri UMNO tu, jangan pandang sebelah mata.
harga barang-barang keperluan naik tak pulak dia letak dalam poster tu.
ReplyDeleteOwh twrima kasih kerajaan BN.. Bukan getah, kelapa sawit dan kelapa je naik, minyak pun naik, gula dan keperluan asas pun naik... katanya tarif letrik pun nak naik... huhuhu terima kasih kerajaan BN
ReplyDeleteOwh pakngah santan... harga santan tak naik ke??? kelapa dah naik tu??? bila santan naik abis la lauk pauk dan kuih muih sme akan naik...nampaknya rakyat kene boikot santan lagi pun santan banyak lemak tak baik tuk kesihatan... Tukar cara hidup lagi la nampaknya...
ReplyDeleteapa le pakngah santan..... hang ini memanglah menteliti dan berjiwa hamba tak tau pikiq langsung.. gaji tak naik....barang2 naik itu zambry, najib dn adun tu tak susah pun yang tersepit org kpg pergi belanja kt pasar semua barang2 mahal jgn lah bongok sgt pakngah, cuba ingat zaman dulu 70an kita semua senang makan rega barang murah cuba ingat baik sebelum padam.......
ReplyDelete