Thursday, February 17, 2011

Peneroka Felda jangan takut

Demi Masa Depan: Peneroka Felda Digesa Lebih Berani Memperjuangkan Hak Dan Kepentingan Mereka !!

KUANTAN, 18 Feb - Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto) menggesa para peneroka supaya berani mempertahankan hak mereka berkaitan isu-isu Felda.

Jika tidak mereka akan terus ditipu dan dicucuk hidung oleh agensi tersebut.

"Kami sudah buat bermacam-macam cara untuk bantu peneroka seperti dialog, seminar, taklimat, laporan polis termasuk menghantar memorandum kepada Suhakam termasuk menteri yang berkenaan. Makanya, peneroka sendiri perlu berani berjuang dan tidak boleh bergantung kepada kami semata-mata", kata Mazlan semasa Majlis Dialog dan Penerangan Isu Felda di Markas PAS Permatang Badak dekat sini malam tadi.

Menurut Mazlan, sudah tiba masanya peneroka bangkit dan buat tindakan demi masa depan mereka.

"Tahap kesedaran orang Melayu tentang isu-isu Felda ini amat rendah sebenarnya. Justeru itu mereka terutamanya para peneroka perlu berubah mulai sekarang. Tiada gunanya lagi berunding dengan pihak Felda bagi menyelesaikan berbagai isu yang dibangkitkan. Ini kerana semua perundingan itu pemenangnya ialah Felda. Tiada langsung konsep 'win-win situation' dalam menangani hal ini", katanya.

Banyak Lagi Kes Isu Felda Di Bawa Ke Mahkamah


Sementara itu Mazlan turut menegaskan bahawa pihaknya (ANAK) tidak akan berganjak daripada matlamat asalnya untuk membela nasib peneroka yang terus ditindas terutamanya di Felda Plantations di seluruh negara.

"Jalan perundingan semakin tertutup sekarang, maka itu kami menjangka dalam tempoh terdekat ini ada 20 hingga 30 kes lagi akan dibawa ke mahkamah. Buat masa ini, lebih 600 peneroka dari gugusan Bera sedang bersiap sedia untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Malah jika tiada aral melintang, jumlah itu akan bertambah mencecah ke angka 1,000 orang peneroka. Jika ini berlaku, ia akan menjadi satu sejarah sebenarnya", tambah Mazlan Aliman.


Tn.Hj Marzuki (bekas Pengurus), Mazlan Aliman (Presiden ANAK)

Harris Abdullah (Peguam) bersama pengerusi majlis dialog
[Majlis dialog yang diadakan secara tertutup itu turut dihadiri oleh dan Peguam Harris AbdullahTuan Hj.Marzuki yang merupakan bekas seorang Pengurus Felda.

Banyak isu-isu menarik yang telah diperkatakan dan seharusnya diambil perhatian oleh para peneroka Felda itu sendiri. Mereka harus mempunyai ilmu untuk membolehkan mereka berjuang mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Jika tidak, maka selama-lamanya mereka akan terus ditipu dan dijadikan alat untuk memuaskan nafsu pihak-pihak yang berkepentingan. Isu Felda kini menjadi kes
"berprofail tinggi" yang mendapat perhatian semua pihak.

Malah, janji Pakatan Rakyat untuk memansuhkan
Felda Plantations seperti yang terdapat dalam Buku Jingga cukup memeningkan kepada pihak yang berkenaan.

Kini, apakah rakyat wajar terus tertipu lagi sesudah lebih 50 tahun negara kita merdeka. Makanya, bebaskan peneroka dari cengkaman dan belenggu Felda selepas dapat
Geran Hak Milik mereka].

PDO.

1 comment:

  1. saya akan pastikan jentera pemuda anak peneroka pada PRU13 nnti akan merobek2 jentera BN nnti..walaupun sukar..kami tetap akan mencuba..air jatuh kebatu lama lama akan lekuk juga batu tu..

    Revolusi................

    ReplyDelete