Barisan bersatu lawan BN dalam p'raya mengejut
Mereka telah mencapai kata sepakat dalam satu pertemuan Rabu lalu, yang dihadiri semua pihak yang kritikal terhadap regim BN sekarang, untuk bergabung tenaga untuk berdepan satu lawan satu dengan BN di semua kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, mekanisme untuk tujuan tersebut belum dapat dibereskan, dengan banyak isu-isu yang yang dibangkitkan.
Salah daripadanya ialah bagaimana 'kuasa ketiga' - yang diilhamkan oleh Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) yang bertegas untuk meletakkan calon-calon mengikut kriterianya sendiri - dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat berhubung agihan kerusi.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan mengesahkan kepada
Malaysiakini bahawa pertemuan tersebut adalah atas dayausaha PSM untuk menyatukan seluruhkekuatan, dalam menghadapi kemungkinan berlangsungnya pilihan raya mengejut.
Bagaimanapun, Arutchelvan (kanan) enggan mendedahkan butir lanjut mengenai pertemuan tersebut, kerana ia adalah pertemuan tertutup.
Adalah difahamkan, pertemuan yang pertamakali seumpamanya diadakan sejak pilihan raya umum 2008, dihadiri oleh wakil PKR, DAP, PAS, PSM dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP).
MCLM, pimpinan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang kini tinggal dalam buangan di United Kingdom, dan peguam hak asasi manusia, Haris Ibrahim, sedang berusaha menyenaraikan calon yang 'berwibawa' untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Peserta lain yang menghadiri pertemuan tersebut ialah dari NGO seperti Aliran, Jemaah Islah Malaysia (JIM), Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) dan badan pemantau hak asasi manusia, Suaram.
Sumber-sumber yang menghadiri pertemuan tersebut berkata, berlaku perdebatan panas berhubung peranan MCLM dan parti-parti pembangkang bukan Pakatan, mengenai sama ada mereka akan membantu mengukuhkan Pakatan menuju sistem dua parti atau membina 'kuasa ketiga' yang bebas.
PECAH LAGI PAKATAN. ARUT NI NAK KERUSI DIA PULAK DAH..
ReplyDeleteluncai pun teringin nak jadi calon nak cuba dun titi serong kot lawan cina islam, boleh la cuba bodek sikit
ReplyDeleteHE! HE!,
ReplyDeleteAKU NI KOMAN KOMAN PUN PARLIMEN PARIT BUNTAQ LAH.
TENGOKLAH, SAPA LAWAN AKU. MUNGKIN NGEH KOO HAM KA, NGA KOR MENG KA.
MUJAHID, TOBAT TAK NAIK DAH!!
muka hang nak bertanding parlimen, hang pi bertanding lawan ajk cawangan umno pun tak tentu nak menang
ReplyDeleteTITI SERONG BANYAK ORANG BANJAR (KULAAN) YANG BODOH MAKAN WADI...
ReplyDeleteala luncai nak hina org titi serong, hang kawin dengan orang banjar juga hina bini sendiri
ReplyDeletebodoh punya luncai tak berani bubuh nama sendiri guna nama anon