Saturday, February 19, 2011

Puak Umno jangan baca berita dan tengok gambar ini nanti tendang dinding pulak

Pencipta Lagu, Pelakon dan Pengkritik Raja Lawak Bob Lokman Menyertai PAS !

Cayalah! Bob Lokman Sertai PAS

Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada DS Ustaz Azizan Razak, MB Kedah Darul Aman.

Majlis ini telah dihadiri lebih 30 ribu pemuda dari seluruh negari. Kontinjen Negeri Kedah lebih dari 7 ribu. Selain itu, negeri Terengganu Darul Iman dan Selangor Darul Ehsan berjaya menghantar ramai pemuda ke Himpunan ini

Kesesakan jalanraya sepanjang lima kilometer di laluan ini dikawal dengan baik oleh para unit AMAL malaysia. Allah Akbar..!!!

Majlis bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan kontinjen dengan lagu Negaraku, lagu PAS dan lagu Amal. Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda PAS, Ustaz Ahmad bin Yahya. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Himpunan 30K. Ustaz Nasarudin Tantawi menyampaikan amanat untuk para pemuda agar berjuang dengan lebih gigih untuk menjana kemenangan.

Seterusnya ucapan perasmian oleh DS Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau begitu bersemangat dan gembira dengan himpunan yang besar begini. Dalam ucapannya beliau menyindir UMNO dengan katanya ‎'umno kini macam nyamuk kena ubat nyamuk, pening'. Selain beliau mengingatkan media agar tulis bagi betul ‎'Hari ini pemuda PAS berhimpun 30 ribu, tapi esok surat khabar tulis 300 sahaja"..

pencacai-semalaysia

Himpunan 30K: Gambar2 Terkini - Oleh: Sedaka Sejahtera









Bob Lokman Tengah Berapi Memberi Ucapan Semangat Kepada Para Pejuang PAS

Paklong sedang mendendangkan lagu Selagi Ada Rindu


2 comments:

  1. AMBOI!!! BERTUAHNYER PAS. DISERTAI OLEH ARTIS PALING POPULAR DI MALAYSIA.

    MESTI LEPAS NI BERATUS RIBU PEMINAT BOB LOKMAN AKAN MENYERTAI PAS.

    ReplyDelete
  2. win win malaysians19 February, 2011 06:23

    PAS telah mendapat mandat dari artis walaupun parti ini menterjahkan artis yg buka aurat namun keberkesanan inilah yg membuat artis2 menghormati PAS,hanya pas saja dpt mengkaunselingkan hati mereka utk mencari kebenaran dlm hidup dan mencari rezeki halal...
    ada pemimpin umno yg takut menegur artis buka aurat,contoh big mama kentut dimajlis ramai pun kecut nak tegur,ini melambangkan pada rakyat umnogok hanya pandai buat wayang kulit kurap dan kedal....

    ReplyDelete