Wednesday, February 9, 2011

Tanya Anuar Musa mana RM 200 Ribu, pemain Kelantan belum terima?

Juara Piala Malaysia: RM200 ribu milik semua pemain

KOTA BHARU, 9 Feb:Tindakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dikatakan tidak mengagih secara adil anisiatif berupa wang tunai kepada pemain Skuad The Red Warriors yang telah membawa pulang Piala Malaysia 2010 dikesali kerajaan negeri.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Fattah Mahmood.

Beliau ditemui selepas Mesyuarat Exco negeri hari ini berkata, sekiranya benar dakwaan bekas pemain Kelantan yang terdiri dari Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Muhammad, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azizi Mat Ros bahawa KAFA telah bertindak menafikan hak mereka sebagai pemain yang sama-sama membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010, kerajaan Kelantan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu hal ini.

“Saya akan berbincang dengan pengurusan KAFA untuk menadapatkan penjelasan tentang perkara ini," kata beliau.

Kata Abdul Fattah, semua pemain sepatutnya mendapat sumbangan dari RM200 ribu yang kita bagi itu kerana mereka juga merupakan pemain Kelantan walaupun kini sudah berhijrah ke negeri lain.

"Sumbangan tersebut adalah untuk tahun 2010”, tambah beliau.

Menyentuh langkah kerajaan negeri menawarkan sebuah rumah kepada Penjaga gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat awal tahun ini, Abdul Fattah berkata kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(PKINK) telah bersetuju menyediakan sebuah rumah di Taman Kurnia Jaya,Pengkalan Chepa berhampiran dengan rumah milik pelajar Pintar Kelantan Nik Nur Madhiah Nik Mohd Kamal.

Pembinaan rumah yang bernilai lebih RM100 ribu tersebut akan dimulakan secepat mungkin dan dijangka dapat diserahkan kepada Khairul Fahmi pertengahan tahun ini.

“Alhamdulillah dengan persetujuan Menteri Besar, rumah milik Khairul Fahmi akan disiapkan secepat mungkin dan ada sedikit perubahan terhadap plan rumah tersebut agar selari dengan bentuk Islamik”kata beliau lagi

No comments:

Post a Comment