Kerajaan Negeri tidak bayar wang jamin ADUN Sri Muda: Khalid
SHAH ALAM, 10 Feb. : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Kerajaan Negeri tidak membayar wang jaminan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan menghasut.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri hanya memberi kemudahan guaman sahaja setelah pihaknya membuat keputusan untuk menolong Shuhaimi berasaskan undang- undang yang dihadapinya.
“Sebagai seorang wakil rakyat, mereka berhak bersuara dan Kerajaan Negeri mesti beri sokongan kepada rakyat untuk bersuara.
“Kerajaan Negeri mesti beri kepercayaan kepada wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat dengan menjalankan tugas dengan perasaan tidak khuatir dan memberikan pandangan yang baik,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Kerajaan Negeri membiayai kos perundangan ADUN berkenaan.
Shuhami yang juga Timbalan Ketua Cabang Kota Raja dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di laman blognya, http ://srimuda.blogspot.com.
Shuhaimi dituduh menerbitkan artikel bertajuk Pandangan Saya Berasaskan Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 mengandungi ayat- ayat menghasut di laman blognya dan perbuatan itu dilakukan di Pusat Khidmat Rakyat, Kota Kemuning pada 30 Disember lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua –duanya.
Mahkamah membenarkan Shuhaimi dibebaskan secara jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mac nanti untuk sebutan kesnya.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Adil Lagi Maha Berkuasa, lindungilah pihak kerajaan Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat dari segala fitnah yang tidak putus-putus oleh musuh mereka dan musuh Agama Mu Ya Allah, dan timpakanlah balasan yang setimpal atas segala fitnah dan niat jahat mereka semoga menjadi pengajaran kepada mereka dan kepada masyarakat dan semoga mereka kembali kepangkal jalan yang benar Ya Allah Tuhan Yang Maha Membalas... Amin Ya Rabbal Alamin...
ReplyDeleteJgn tggu lagi...ambik tindakan mahkamah....saman Umno yg memfitnah...
ReplyDeleteBiar jd pengajaran,walaupun Umno ni tak boleh di ajar...
(saman je 50 juta)