Saturday, March 26, 2011

Ahli Parlimen PR berjaya pastikan PM baca memorandum walaupun dihalang

Kenyataan: Penghantaran Memorandum kepada Perdana Menteri Dihalang

Er telah memastikan Perdana Menteri membaca memorandumnya walaupun dihalang oleh pengawal peribadi PM. Dari kiri, Menteri Besar Johor, YAB Abdul Ghani yang tidak senang dengan kedatangan Er

Pada 26 March 2011, Perdana Menteri telah melawat ke Muar sempena lawatan bersiri ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat.

Er telah mengambil kesempatan ini untuk menghantar satu memorandum kepada PM sempena lawatannya ke bandar Muar. Dalam memorandum tersebut, beliau telah mengungkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Muar.

Er berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat sempena lawatan PM ke Muar.


Namum begitu, pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM. Er telah ditarik dan diberikan amaran oleh pengawal peribadinya supaya tidak menghampiri PM dan menyatakan kepadanya memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka.

Walaupun dihalang, Er berkeras untuk menghantar memorandum tersebut kepada PM secara peribadi dan beredar dari situ setelah PM membaca memorandumnya.


Er amat sangsi dengan tujuan PM yang mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat hal ini demikian kerana Er sebagai wakil rakyat kawasan Bakri telah mewakili penduduk setempat untuk mengemukakan masalah penduduk kepada PM namum kedatangannya telah dihalang oleh pengawal peribadi PM.

Sekiranya Er yang merupakan seorang wakil rakyat telah mendapatkan sambutan sebegini apatah lagi rakyat biasa yang cuba untuk menyampaikan masalah mereka kepada PM?


Pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM dan menyatakan penyerahan memorandum tersebut boleh dilakukan melalui mereka.

Tindakan sebegini telah berlawan dengan tujuan asal lawatan bersiri PM ke seluruh negara iaitu mendekati rakyat dan mendengar masalah rakyat.

Kebiasaanya masalah rakyat akan disampaikan oleh pegawai tempatan termasuk wakil rakyat kepada PM dan PM akan melawat kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sekiranya masalah tersebut telah diserahkan melalui pihak ketiga tanpa sebarang penerangan dan penjelasan lanjut, adakah PM akan memahami masalah rakyat? sedangkan pihak ketiga tersebut bukan berasal dari kawasan tersebut.

Sekiranya tindakan pengawal tersebut adalah sah, mengapa PM harus melawat ke seluruh negara? PM hanya perlu menempatkan mereka di seluruh negara dan masalah rakyat hanya perlu diserahkan kepada mereka dan mereka akan menyerahkanya kepada PM.


Berikut adalah kandungan memorandum tersebut:


Yang berbaju biru merupakan pengawal peribadi PM, manakala yang berbaju putih merupakan penolong Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal. Mereka sedang memberikan amaran kepada Er supaya tidak menghampiri PM dan memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka

2 comments:

  1. ITU KE CARA 'RAKYAT DIDAHULUKAN' TENGOK MUKA GHANI NAMPAK SGTLAH HAPRAKNYA PEMIMPIN MELAYU UMNOAPCO TIDAK BOLEH TERIMA CARA RAKYAT NAK MENGADU HAL KPD PM.... YG BARUA2 (BODYGUARD) JADI ANJING MAKAN TANGGU PULAK LEBIH SUDU DARI KUAH.. BKN ER NAK TIKAM PM KE NAK SAMPAI ADUAN RAKYAT... PUNYALAH HAPRAK PYA MELAYU SAMPAI BILA NAKM TUNJUK LAGAK NANTI DAH PENCEN BALIK KPG JIRAN2 PUN BENCI..... BARUA PYA BODYGUARD - MELAYU HAPRAK LU INGAT KALAU LU MATI LU PYA TUAN NAK PIKUL LU KE KUBOR KE.... MELAYU HAPRAK FIRST KLAS..

    ReplyDelete
  2. Klu nk tau tu la lambang serigala yg jaga firaun kt mesir tuh..Serigala kan garang,x bg org dkt kt tuan dia..tinggal lg menyalak depa tuh bunyi manusia la..
    Sebenarnya apa yg berlaku zaman dulu tuh tetap berlaku pd zaman sekarang tinggal lg gaya sj yg berbeza..kenyataannya tetap sama..
    The repeat of the history Story board..sama jer..

    ReplyDelete