Monday, March 7, 2011

Ahli Umno pun tak suka dengan Bik Mama

Penyokong UMNO belasah Bik Mama....!!!!!

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/02/bik-mama.jpg?w=241&h=300
Sedia Luncai, Bik Mama dah tak tahan. Buka hidung luas-luas

Rentetnya Surat Terbuka Buat Rosmah Mansur
Assalamualaikum Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM Datuk Seri Najib Razak,

Datin, ini adalah rentetan dari "Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor" yang dinukilkan adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Baru berusia 19 tahun adik ni, Datin Seri.

Iya, Datin Seri. Sepertimana Muhammad Muizzuddin bin Zaini, saya tidak ingin menghina atau menjatuhkan kredibiliti Datin Seri sebagai FIRST LADY OF MALAYSIA. Tujuan saya hanya menegur dan membetulkan apa yang silap. Saya rakyat bawahan. Berpendapatan sekadar cukup makan sebagai seorang lelaki yang punya tanggungjawab kepada keluarga.

Tidak aktif dalam politik. Cuma mendaftar sebagai ahli UMNO, parti yang saya percaya boleh menyatukan dan menyatakan hasrat golongan bawahan. Saya petik kata-kata dalam buku Tan Sri Zainudin Maidin (Buku "Surat Dari Mahathir) "UMNO adalah parti orang kampung". Dalam maksudnya Datin Seri. Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun dengan rendah diri saya ringkaskan kata-kata dan mencoretkannya seindah bahasa agar naluri Datin Seri tersentuh dan sedar apa yang silap apa yang benar.


1. Belas Ihsan.


Dalam PROJEK PERMATA NEGARA yang Datin Seri selaku penaungnya dengan nilai suntikan RM 111 M itu salah berharga. Bukan saya tidak hargai, cuma sedikit terkilan. Apakah perintis projek ni hanya harus didatangkan dari Kuala Lumpur? Mana negeri-negeri lain? Saya kira, kalau hendak dirintis Sabah Sarawak haruslah jadi keutamaan. Mereka berada diceruk penghujung. Tidak cukup kemudahan. Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau paling tidak menyara rakan-rakan yang menyambung pengajian di luar negara.

Paling koman, menaja sekolah-sekolah pondok di Malaysia yang rata-ratanya menghantar pelajar tahfiz mereka ke merata tempat untuk meminta sedekah. Ini realiti Datin Seri! Malu imej Islam! Pemimpin Islam beribu orang kaya, mampu, takkan sekelumit pun tiada ihsan di hati untuk membantu sesama Islam?

2. First Lady Of Malaysia.

Saya tidak salahkan Datin Seri mahu bergelar apa sekalipun dengan sehebat-hebat gelaran dunia. Tidak! Ianya tiada nilai melainkan gelak ketawa yang sinis. Sindiran, Datin Seri.

Beberapa malam lalu, saya menghadiri kuliah Maghrib berhampiran kediaman saya di Setiawangsa. Antara intipati penceramah malam itu, ALLAH menghina ciptaanNya dengan sehina-hina darjat, dan bilamana ALLAH berikan kasih sayangNya ciptaanNya itu dipanggil denga semulia-mulia darjat. Datin Seri ingat pada Abi Lahab? Ingat ayat Al-Quran yang berbunyi "tabbadyada ya abi lahab..." (celakalah kedua-dua belah tangan abi lahab!) Ingat tak Datin Seri?

Kalau tidak ingat, mari saya ingatkan Datin Seri kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya panggil kepadanya "serikandi". Selama 22 tahun, suaminya Tun Dr. Mahathir menerajui Malaysia ada pernah kita melihat Tun Dr. Siti Hasmah menyaingi populariti Tun Dr. Mahathir? Tidak pernah! Ini kenyataan. Tun Dr. Siti Hasmah cuma berada dibelakang Tun Dr. Mahathir. Sehinggakan pembangkang tidak ada isu yang mahu dikaitkan dengan beliau.

Pembangkang yang bangang sahaja memburuk-burukkan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau hanya muncul menggosok lembut belakang Dr. Mahathir bilamana Tun Dr. Mahathir sebak ketika membacakan sajak "Perjuangan Yang Belum Selesai". Ribuan mata menjadi saksi, lensa pemberita merakam detik itu. Tapi, Datin Seri?

Seboleh-bolehnya rakyat melihat Datin Seri seolah-olah King of the King. Berada didepan Datuk Seri Najib. Rakyat rimas. Jelek. Ini suara bawahan Datin Seri. Saya bercerita dengan seorang pengiring Menteri Kanan kepada kabinet Datuk Seri Najib sendiri. Menteri Kanan itu sendiri rimas. Mungkin kerana rumahtangga. Maaflah, yang itu saya tamatkan. Saya sendiri masih bertatih mempelajari ilmu kerumahtanggaan.

3. Kenyataan Masjid MACMA.

Datin Seri, tatkala saya mencoret tulisan ini, saya terbayang teringatkan kepada peristiwa 28 Febuari. Peristiwa di mana Datin Seri merasmikan Masjid MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia) bercirikan reka bentuk Cina yang bakal dibina di ibu negara. Kata Datin Seri, "berpotensi menarik kedatangan pelancong ke negara ini".

Datin Seri, kalaulah niat itu (menarik pelancong) untuk mendirikan masjid baik tak payah. Seorang Islam dengan bangga mendirikan masjid hanya untuk menarik pelancong. Datin Seri harus sedar sebagai isteri kepada pemimpin No.1; kenyataan seperti itu tidak harus keluar dari mulut Datin Seri. Jika hari ni, masjid didirikan untuk menarik pelancong what will in the next 5 or 10 years? Silap haribulan masjid hanya menjadi kawasan mencuci tapak kaki! Hina tak hina Datin Seri?
Datin Seri tahu apa peranan masjid ketika Zaman Rasullullah SAW? Masjid itu tempat perbincangan masalah orang Islam, pusat pengumpulan ekonomi, pusat pengajian. Di beberapa, yang minoritinya beragama Islam menjadikan masjid sebagai transit musafir. Kira macam hostel la untuk musafir. Di Malaysia? Pemimpin membina masjid untuk menarik pelancong? Malu, Datin Seri!

4. Hotel di Dubai Dengan Kos Melebihi RM 100,000 Semalam.


Inilah pucuk utama kenapa harus ada ribuan surat terbuka untuk Datin Seri. RM100 K yang saya belajar di sekolah dan IPT dulu bukanlah sikit nilainya. Lagi-lagi kepada orang-orang kampung, golongan bawahan, pelajar miskin, orang merempat dan sebagainya.

Saya tidak mempersoalkan kemewahan yang ALLAH kurnia untuk Datin Seri. Dalam Loh Mahfuz, Datin Seri ditakdirkan berkahwin dengan Datuk Seri Najib, menjadi isteri PM dsb. Yang persoalkan sumber dari mana tajaan RM100 K itu. Kalau ianya tajaan Dubai, saya dan rakyat lain tidak kisah. Itu mungkin setaraf dengan status Datin Seri sebagai isteri PM Malaysia, atau mungkin "penghargaan atas perjuangaan dalam Islam".

Tetapi, saya dan rakyat lain kisah bilamana belanja itu datangnya dari Kerajaan MALAYSIA sendiri! Tahukah Datin Seri, Mei 2010 suami Datin Seri membacakan hasil tinjauan yang mana menyebutkan gaji rakyat Malaysia di Kuala Lumpur yang dibawah RM3K adalah di bawah PARAS MISKIN?!Itu di Kuala Lumpur, di kampung-kampung?! RM 00 K itu berulang kali saya belek, antara percaya atau tidak.

RM100 K, Seratus Ribu Ringgit Datin Seri. Rakyat, kalau diberi RM100 pun sudah melonjak gembira; apa lagi RM100 K dibelanjakan untuk semalaman hanya sekadar menyewa bilik hotel! Sedih, rakyat. Mereka ada yang hidup kais pagi, makan pagi; kais petang bawak ke makan malam. Itu kalau mereka larat mengais rezeki, jika tidak? Merempat kelaparan!

Datin Seri, Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim dipersoal rakyat dengan harga bajunya; Nik Aziz suami isteri dipersoalkan ganjaran pergi ke Mekah dan tidak mustahil Datin Seri juga dipersoalkan kerana keborosan ini! Permata Negara disuntik dana sebanyak RM111 M, kongres isteri-isteri pertama dunia di KL apa cerita? Inilah persoalan yang perlu Datin Seri jawab. Sama sepertimana kita dari BN meminta pembangkang clarify with the related issues.

Ingat, Datin Seri di dunia ALLAH mungkin sorokkan keaiban kita; tapi tidak dihari pembalasan. Semua ditelanjangkan! Sekalipun Datin Seri bergelar "FIRST LADY OF MALAYSIA"!

Datin Seri, merebut jawatan dalam parti bukanlah matlamat saya. Jauh sekali mengejar populariti. Dalam parti, ongkos adalah penting dalam memastikan team yang setia, kemas dan lengkap. Duit bukanlah segalanya bagi saya. Surat ini adalah bingkisan dan rentetan dari suara adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini.

Justeru, janganlah dianggap nukilan ini sebahagian dakyah pembangkang untuk merosakkan kredibiliti Datin Seri sebagai isteri PM. Kalau Datin Seri tidak mampu mencontohi Fatimah Az-Zuhra atau Aisyah R.A. cukuplah dengan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau berpada-pada dalam kehidupan politik suaminya.

Terimalah nukilan ini dengan membuka seluas-luas pemikiran dan hati. Teguran ini ikhlas. Di penghujung ini saya nukilkan dialog antara babi dan manusia untuk kita fikirkan bersama-sama yang saya petik dari sebuah blog. Maknanya dalam.

Seekor babi datang kepadaku dan berkata,

"Kenapa kamu enggan menjadi sepertiku?".

Aku diam tertikam. Bisu seketika. Kemudian bibirku terukir senyum.

"Kamu diciptakan sebagai babi dengan seketul otak, dan aku diciptakan sebagai manusia dengan secebis akal" ujar hatiku berbisik halus kemudian berlalu pergi tanpa kata.

Sekian.

SHAHZUL IZZILSHAM AL-RASHID ZULKEFLI.

1 comment:

  1. TOK SIDANG REMBAU08 March, 2011 06:14

    SYABAS ADIK MAT.. TAPI DARI PANDANGAN ATOK LE.. ORG YANG ADIK PERKATAKAN INI JENIS MASUK TELINGA KIRI KELUAR KANAN MEMANG TAK FAHAM. BAK KATA ORG SEKARANG DIA BUAT DEEEEK AJE... TAK PERCAYA TENGOK APA DIA KOMEN DAN PENGAMPUNYA KOMEN.... TUNGGU DAN LIHAT..

    ReplyDelete