Wednesday, March 2, 2011

Anwar banyak bantu Selangor, Umno banyak punahkan Selangor

Tan Sri Khalid : Anwar Ibrahim Beri Sumbangan Besar Kepada Pembangunan Ekonomi Selangor



SHAH ALAM 2 MAC : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyatakan bahawa peranan Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak memberikan sumbangan positif kepada pembangunan ekonomi di negeri ini.

Tan Sri Khalid berkata Anwar Ibrahim yang mempunyai jaringan antarabangsa yang luas banyak membantu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di Selangor dengan negara luar.

"Datuk Seri Anwar memberi sumbangan yang sangat positif kepada negeri Selangor, saya anggap yang paling penting bagi saya ialah mempunyai jaringan, perhubungan yang baik (dengan negara-negara luar dalam menjana pertumbuhan ekonomi)," katanya.

Khalid berkata lagi, dengan adanya hubungan baik Anwar bersama pemimpin-pemimpin luar, contohnya negara Indonesia, turut memudahkan Kerajaan Negeri mendapatkan bekalan pekerja terutamanya dalam bidang perindustrian yang memberi banyak sumbangan kepada ekonomi Selangor.

"Tapi melalui jaringan saudara Anwar Ibrahim yang dia kenal pemimpin-pemimpin Indonesia termasuk menteri-menteri dan ahli-ahli penggubal undang-undang Indonesia, dia telah mengaturkan supaya Menteri Besar dapat berjumpa dengan speaker Dewan Negara Indonesia dan membincangkan tentang bagaimana kita boleh selesaikan masalah bersama," katanya.

Tambah beliau, dakwaan Satim Diman ini adalah tidak tepat, bagaimana seorang pemimpin harus bersama-sama, sedangkan tanggungjawab yang dipikul adalah berbeza, ibarat sebuah kapal tidak boleh mempunyai dua nakhoda yang boleh mengakibatkan kerugian kepada negara.

"Jadi kita tak boleh buat analisa daripada segi saya mesti bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar berjalan ke sana ke mari, itu tidak ada. Perkara itu adalah sangat tidak relevan dan merugikan negara," katanya lagi.

Khalid berkata demikian di Bilik Sidang Media, Tingkat 20, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah selepas mesyuarat exco.

Hari ini, Datuk Satim Diman mendakwa peranan Anwar dilihat tidak membawa perubahan positif kepada ekonomi negeri.

1 comment:

  1. SATIM NI BUKAN TAU EKONOMI PUN.. SAMA AJE PEMIMPIN UMNOAPCO NI.. KALAU TIDAK TAKAN SENANG2 DITIPU LEONG SIK DAN KONG CHOY... TUN M PUN DITIPU ERIC CHIA.... TAPI GUA RASA DEPA NI SAMA2 FARAIT HARTA/DUIT NEGARA CUBA SI KAMBING HITAM NI DPT LEBIH SIKIT KOT..... KALAU SATIM KE NOH KE LAGI SENANG PUAK2 MATA SEPIT NI TIPU...

    ReplyDelete