Monday, March 28, 2011

Anwar makin ditolak rakyat, hanya 1000 je yang hadir

Gambar-gambar mimpi ngeri bik mama najib








Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.

Ternyata penerbitan video lucah oleh kumpulan Dato T telah menaikkan semangat rakyat. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Rakyat bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikkan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan umno dan b-end. Rakyat yakin video ini didalangi dan dilindungi olah kerajaan umno b-end sebab itu Nazri dan Hishammuddin bermati-matian mempertahankan Dato T.

Kemunculan video ini ibarat seketul batu yang terlalu besar dilontarkan ke dalam air yang tenang dan mengakibatkan gelombang kebangkitan ledakan reformasi ke dua selepas era reformasi 98.

Inilah igauan mimpi ngeri bik mama walaupun bik mama pernah menghabiskan wang rakyat RM100 ribu hanya untuk tidur semalaman di hotel terkemuka di Dubai. Mengapa Mat Sembab langsung tidak respon tentang video ini dan mempertahankan Dato T? Mengapa hanya Hishammuddin, Nazri dan Rais sahaja yang bermati-matian mempertahankan Dato T?

Semoga Allah memberi kekuatan dan InsyaAllah kerajaan umno b-end akan dapat ditumbangkan pada PRU13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. CASTILO JINGGA28 March, 2011 17:04

    SYABAS RAKYAT MALAYSIA YANG MERDEKA, JGN JADI MELAYU BERJIWA HAMBA MASIH TOTOK DGN UMNOAPCO.... JOM TUMBANGKAN UMNOAPCO PRU13 NANTI.... HANYA MELAYU BERJIWA HAMBA, MELAYU MENTALITI SUBSIDI DAN MELAYU TONGKAT AJE MASIH HARAP BANTUAN UMNOAPCO UNTUK SESUAP NASI.. INGAT REZEKI, AJAL MAUT KETENTUAN ALLAH.. JOM TUMBANGKAN BN/UMNOAPCO.....

    ReplyDelete
  2. LEPAS INI TULIS JUGA TENTANG NIK AZIZ YANG TAK BERDAYA NAK BERCERAMAH SEBALIKNYA HANYA NAIK KE PENTAS UNTUK BERDOA DAN BERTAKBIR.

    ALLAH INGATKAN BANYAK KALI BAHAWA TIADA SESUATU PUN BERLAKU DI ATAS MUKABUMI INI BERLAKU SIA SIA.

    BILA NIK AZIZ HILANG UPAYA, MAKNANYA ALLAH BERIKAN PETUNJUK DAN PETANDA KEPADA ORANG ORANG YANG MAHU BERFIKIR.

    TIDAKKAH HANGPA TERFIKIR SESUATU..?

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Tuhan Yg maha Berkuasa Lagi Maha mengetahui... semoga Kau Tunaikanlah doa-doa dari kalangan kami yg teraniaya oleh pemimpin dan kerajaan yg zalim ini. Kau peliharalah kami dari segala fitnah dan kejahatan yg dirancang oleh mereka yg tidak henti-henti melakukannya tanpa rasa bersalah atau rasa malu kpd Mu Ya Allah. Berilah mereka pengajaran yg setimpal dengan perbuatan mereka. Kau hancurkanlah kumpulan dan kesatuan mereka sebagaimana hancurnya tentera abrahah oleh burung2 Ababil... Berilah Taufik dan Hidayah kepada hamban rakyat agar kami tidak sama2 mendapat dosa dgn menyokong pemerintah yg zalim ini... Ya Allah sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat kami berserah dan berlindung. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete
  4. Basus lah , solat hajat untuk cari kebenaran.Setelah kebenaran muncul terimalah dengan berlapang dada, tiada lagi alasan konsparasi. Kes Al Arqam sama juga, tetapi dia orang berlapang dada. Amalan sesat berkubur juga. Jabatan Agama dan mufti di fitnah bermacam-macam. Rakyat dapat menerima kebenaran.

    ReplyDelete
  5. luncai sedarlah sikit,jangan hina ulama

    ReplyDelete
  6. Apalah lu luncai,

    Nabi pun meninggal dunia, inikan pula ulamak iaitu pewarisnya. Kalau benci pun jgnlah sampai menghina ulamak macam tak tahu agama pulak? Kau pun akan mati juga sebab setiap manusia pasti mati. Hati kalau dah banyak bintik2 hitam memang payah nak terima hidayah kecuali taubat nasuhah.

    Moga kamu insaf & taubat!!!

    Kalau tidak biarlah kau terjun dgn labu mu dan hanyut dgn duniamu...

    ReplyDelete