Bapa mangsa tuntut keadilan
IPOH, 11 Mac : Bapa seorang pemuda yang terkorban dalam kejadian runtuhan bangunan lama di Fair Park pada 2 Oktober tahun lalu mendesak tiga pihak tampil mengemukakan bukti dia menolak tawaran bantuan sebagaimana didakwa.
Mohd Norzila Abd Rahman, 47, berkata, setelah dua tahun kejadian itu berlaku sehingga kini dia belum menerima apa-apa bantuan sebagaimana dijanjikan tiga pihak iaitu Penasihat Penerangan Kerajaan Negeri, Datuk Hamdi Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman dan Gagasan Melayu Perak (GMP).
Menurutnya, apa yang diperkatakan oleh Hamdi itu, kononnya sudah memberi bantuan kepada wakil keluarga dia adalah tidak betul kerana sehingga kini mereka tidak menerima apa-apa bentuk bantuan daripada pihak berkenaan.
“Kalau benar mereka (tiga pihak) sudah menghulurkan bantuan sebagaimana dijanjikan, kepada siapa mereka sampaikan bantuan itu, siapa yang wakilkan pihak mereka jika mereka tidak sampaikan sendiri.
“Saya kesal dengan sikap dan perilaku mereka ini yang seolah-olah ingin menyalahkan kami, sedangkan kami menuntut janji sahaja bukan mahu lebih-lebih,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Kata Mohd Norzila, pada Julai 2010 dia telah menghantar surat melalui E-maklum balas kepada Perdana Menteri mengenai kejadian yang menimpa serta mengharapkan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan mahupun negeri dengan salinan kepada mereka bertiga.
“Seminggu kemudian, Datuk Hamdi menghubungi saya dengan menyatakan bantuan telah dihulurkan melalui abang saya, tetapi sebaliknya saya menegaskan dalam keluarga hanya saya seorang saja lelaki, tidak ada abang mahupun adik.
“Dalam masa sama, beliau (Hamdi) menyatakan hanya wakil dihantar untuk memberikan bantuan berkenaan. Dari sini jelas menunjukkan ada percanggahan dan kekeliruan yang cuba disembunyikan oleh pihak berkenaan,” katanya.SH
abang jkkkumno la tu maksudnya. sial punya olang
ReplyDeleteJanji tu bukannyer keluor dr molot demer bertiger,tapi keluor dr lubang jubor demer.Org2 mcm ni pon bulih dipilih exco kanan dan pegawai besor.Jahanam Peghak.
ReplyDeletePAK NGAH, BERKATA-KATALAH DENGAN LIDAH YANG FASIH APABILA KAMU DITANYA, JANGANLAH KAMU BERDOLAK-DALIK NESCAYA KAMU AKAN DIJAMAH API NERAKA.
ReplyDeleteYANG HAQ TETAP HAQ TETAPI KENAPA DINAFIKAN YANG HAQ?
TU LE KOMA.. TAK SERIK KOMA.. JENIS UMNOAPCO MEMANG HAPRAK APE LAGI KETUA MEREKA SI ZAMBRY.. DIA NI BUKAN BOLEH BERLAKU ADIL KPD ORG PERAK.. DAN DIA NI LAYAK JADI PRESIDEN KIMMA AJE (DINILAIKAN WARNA KULITNYA) MEREKA NI MEMANG PANDAI BERJANJI TUNAIKAN TIADA.. INGAT KOMA PUN SATU YG SOKONG UMNOAPCO TU WAT APE... KOMA NI JENIS MELAYU BERJIWA HAMBA HIDUP TAK SOKONG UMNOAPCO TAK BOLEH... TAKCEO TEMAN.. HAPRAK BEBENO UMNOAPCO NI...
ReplyDelete