Perkataan pariah telah mendapat persetujuan TPM untuk digugurkan dari Novel Interlok..Maka keaslian Interlok dikorbankan kerana melayani kehendak orang lain.
Mangsa pertama akibat dari tindakan desakan MIC itu telah mengundang ‘kemarahan’ Nazri Aziz. Nazri dengan tiba tiba ‘naik angin’ dan mungkin hanya pura pura naik angin lalu ingin merampas 6 kerusi MIC di negeri Perak.Nampak macam bagus punya demand.
Kemelut perebutan kerusi di DUN Perak antara komponen BN akan bertambah parah selepas ini,dari tinjauan editor ada beberapa kerusi lagi yang akan mencetuskan ketegangan antara komponen BN.(biar jangan sebut lagi).
Persoalannya adakah Nazri Aziz sekarang menjadi Pengerusi BN Perak?
Nazri Aziz dalam kedudukan sekarang mempunyai cita cita lebih besar dari menjadi Pengerusi Bn Perak.Nampaknya satu balingan persepsi Nazri akan membuahkan hasil lumayan selepas ini.
Sejarah Perak akan sentiasa panas sejak dizaman Datuk Maharajalela lagi,kali ini antara Umno Perak dan MIC Perak akan lebih melukakan hati orang MIC sendiri.
Adakah kerana ‘balasan’ mengambil pentadbiran kerajaan haram Perak?
Bagaimana pulak Menteri yang dilantik setelah kalah pada PRU12 dulu dan beberapa ‘orang luar’ yang dilantik menjadi menteri?pkb
Nazri mahu MIC serah semua 6 kerusi di Perak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mahu MIC menyerahkan kesemua enam kerusi di Perak yang gagal dimenangi parti itu dalam pilihan raya umum lalu, kerana BN boleh kalah jika MIC terus bertanding di situ.
Dalam bahagian kedua temubualnya dengan akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau yang disiarkan hari ini, Nazri berpandangan jika calon untuk pilihan raya umum akan datang dipilih berdasarkan ‘peluang menang’ seperti dikatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, maka MIC tidak harus bertanding di semua kerusi berkenaan.
Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Nazri berkata, kekalahan BN di Perak adalah disebabkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meletak terlalu ramai orang luar bertanding di Perak.
Sambil menegaskan langkah meletakkan calon ‘payung terjun’ yang tidak pernah berkhidmat di kawasan berkenaan sebagai satu kesilapan, Nazri menegaskan bahawa ia merupakan alasan yang sama yang ditegaskan oleh Najib dalam memilih calon yang berpeluang untuk menang.
Sementara itu, Nazri yang lantang bersuara itu menegaskan bahawa pemimpin yang memegang jawatan dalam parti tidak dijamin menjadi calon dalam pilihan raya umum.
Mengambil presiden MCA, Datuk Seri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai contoh, Nazri berkata, walaupun mendapat sokongan ahli untuk menang jawatan presiden parti, tetapi tidak semestinya Chua akan disokong oleh pengundi wanita disebabkan skandal DVD seksnya.
“Jangan ingat, menang pemilihan parti akan menjamin kemenangan anda dalam pilihan raya umum.”
SYABAS YEOP NAZRI,,, CARA KAMU NI FIKIO BETUL2 MCM PERKASA (KETUANAN MELAYU KONON), PERAK BETUL2 KITA NAK ORG MELAYU MEMERINTAH BARULE ADE KEKUATAN POLITIK ORG MELAYU WALAUPUN ORG MELAYU DAH LAYU, ITU PUN KALAU BOLEH MENANG UMNOAPCO DI KWSN CINA DI PEKAN IPOH.. RASANYA CEREK LE KOMER NAK MENANG.. TEMAN NAK JUGAK LIHAT UMNOAPCO MENANG KAT TOWN2 BESOR SPT IPOH, TAIPING ATAU PUN ANSON.. TAPI NAMPAKNYA ORG MELAYU BERJIWA HAMBA DAN MENTELITI SUBSIDI AJE SOKONG UMNOAPCO... CAMNO TU YEOP.... GETEK TEMAN
ReplyDelete