Thursday, March 31, 2011

Negeri BN : Terengganu No.1, Sabah No. 2

Terengganu paling ramai miskin bukan Sabah - Menteri Umno

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/CONVAR1924.jpgSabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai

Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini

Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.

Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.

“Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar

1 comment:

  1. CASTILO ZULU31 May, 2011 07:28

    BETUL KATA HADIS MELAYU UMPORNO.. DIMANA NEGERI YG KUAT/TOTOK UMPORNONYA DI SITU SENANG KITA JUMPA MELAYU MISKIN TAPI TIDAK PULAK DI KEPONG, JINJANG, BUKIT BINTANG DAN CHERAS DI MANA KWSN DAP CINA TIDAK PULAK MISKIN MCM MELAYU MISKIN TEGAR.. MANE SILAPNYA NEGERI MELAYU, PEMIMPIN NYA MELAYU RAKYAT MARHEAN JADI MISKIN.. KETUA CWGN UMPORNO TAK PULAK MISKIN.... PEJUANG MELAYU KONON...

    ReplyDelete