Monday, March 28, 2011

Perkasa dah bergolak, masing-masing nak letak jawatan ?

Perkasa: Ketua Wiranita Berundur, Ketua Wira Ikut Langkah?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDhCxOGYnIXeTAHe9NL2n9os1YKVhHgwANyeD27fok_7GBBGpwejNxh_fjWIcnxIbU_oqvGMdZuL9Mjizvt2E0dfPZQ9RguApI-n9lXXwAOMmqdhJw3hwWPeRYZ2glBsJx1Myd6XuFLrvW/s400/tetek+bini+arman.jpg

KUALA LUMPUR 29 MAC : Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

The Malaysian Insider difahamkan Arman Azha, yang seringkali berada di barisan depan dalam perhimpunan dan perarakan berkaitan usaha membela orang Melayu, memutuskan demikian ekoran perkembangan dalaman Perkasa.

Arman Azha ketika dihubungi The Malaysian insider enggan menafikan ataupun mengiayakan dakwaan tersebut.

Sebaliknya kata beliau, tunggu sehingga penjelasan petang ini.

“Esok pukul 4 petang (ada) sidang media,” kata beliau ringkas kepada The Malaysian Insider menerusi satu e-mel semalam.

The Malaysian Insider tidak dapat mengesahkan sama ada ia petanda wujudnya pergolakan dalam Perkasa, diterajui Ibrahim yang juga Ahli Parimen Bebas Pasir Mas.

Selain Ibrahim, Arman Azha merupakan salah seorang pemimpin Perkasa yang begitu lantang bersuara terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Perkasa atau Pertubuhan Pribumi Perkasa adalah sebuah pertubuhan ditubuhkan tiga tahun lalu bagi menyediakan landasan bagi kaum pribumi untuk menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik.

Perkasa juga akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan kaum pribumi termasuk soal kontrak sosial dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beberapa pemimpin Perkasa yang dihubungi menafikan adanya masalah atau perselisihan dalam pertubuhan bukan kerajaan itu membabitkan Arman Azha.

“Tiada apa-apa masalah. Kami tidak dengar apa-apa, lagipun Arman Azha tidak kata apa-apa setakat ini,” kata seorang pemimpin kanan sambil merujuk kepada kehadiran Ketua Wira Perkasa itu pada konvensyen ekonomi Bumiputera anjuran pihaknya di PWTC kelmarin.

Dalam pada itu, Raihan ketika dihubungi lewat semalam mengesahkan beliau telah memutuskan untuk berundur daripada jawatan tersebut.

“Saya sudah meletakkan jawatan tetapi Presiden belum terima keputusan saya lagi,” kata beliau sambil menolak keputusan itu ada kaitan dengan andaian bahawa wujud masalah dalam pertubuhan tersebut.

“Tidak, tidak. Keputusan saya ini kerana sebab peribadi saya, saya tidak dapat memberi tumpuan penuh . . . Perkasa bergerak dengan baik, tiada masalah,” katanya yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu.

“Walaupun saya letak jawatan, saya masih ahli Perkasa,” kata Raihan lagi.

Kedudukan sayap-sayap Perkasa adalah jawatan lantikan.

2 comments:

  1. mesti ada masaalah, kalau tahun 50 an boleh cakap suka suka je nak berenti tapi di abad ini body language pun orang dah tahu.

    ReplyDelete
  2. CASTILO JINGGA29 March, 2011 03:36

    FAHAM2 AJE LE PERJUANGAN MEREKA NI DEMI PULUS.. TAK MASUK MANE BOLEH TAHAN BEB... LAGI PUN RAMAI PEJUANG KETUANAN MELAYU INI ORG UMNOAPCO. MEREKA NI CAKAP AJE TAPI KALAU TAK BEURUSAN DGN CINA MANE BOLEH MASUUK MCM KONTREKTOR UMNOAPCO BELI BARANG KAT HARDWARE CINA KEDAI MELAYU 2 KALI FIKIQ NAK BELANJA.. PERJUANGAN TAHI KUCING.. SHANON AHMAD DAH KATE DH DLM BUKU 'SHIT' 12 TAHUN DULU.. MEMANG PERJUANGAN SHIT... HAPRAK PYA MELAYU...

    ReplyDelete