Tuesday, March 29, 2011

Perkasa gagal memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air

Arman Sah Letak Jawatan Dalam PERKASA


Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Arman Azha Abu Hanifah hari ini mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta setelah membayangkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepemimpinan badan itu.

Arman membayangkan peletakan jawatannya adalah kerana Perkasa dilihat gagal memperjuangkan asas-asas yang didokong oleh beliau.

"Saya meletakkan jawatan ini atas dasar prinsip, prinsip saya secara peribadi adalah prinsip memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air," kata beliau.

Beliau menolak desas-desus kononnya tindakan itu didorong oleh rasa keciwa kerana tidak memperolehi sebarang imbuhan menerusi Perkasa walaupun badan itu dikatakan didokong oleh Umno.

"Orang kata saya keluar dari Perkasa sebab tidak mendapat projek. Ini semua fitnah dan saya tidak pernah melobi apa-apa untuk mendapatkan projek sepanjang saya dalam Perkasa," tambah beliau.

Menurut Arman beliau mahu aktif dalam politik namun belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya ingin melangkah lebih jauh dalam memartabatkan prinsip saya, iaitu perjuangan dari segi politik kepartian, di mana saya akan lihat mana-mana parti politik yang membawa perjuangan agama bangsa dan negara."

Selain Arman Azha, Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine juga memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

1 comment:

  1. INILAH PEJUANG TAIK KUCING NAMANYA.. TIADA IMBUHAN TIADA PERJUANGAN.. BANAYAK PEJUANG KETUANAN MELAYU JENIS MCM NI.. MEREKA YG SEBENO NYA MEMPERJUANGKAN ISI PERUT...KALAU NAK BUAT DUIT 'COME AND JOINS UMNOAPCO' NAK JADI PELAKON SEX PUN BOLEH BUAT DUIT, SBB PENGARAH NYA PUN ADE DLM UMNOAPCO.... TIADA DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG2 WALAUPUN SALAH SELAGI AHLI UMNOAPCO..... PINJAM KATE YOP NAZRI DIMANA KESALAHANNYA... ITULAH STND LAWYER MELAYU UMNOAPCO...

    ReplyDelete