Monday, March 21, 2011

Rupanya Datuk 'T' pakai topeng , tapi tak mungkin polis tak tahu

Polis sedang mencari Dato T – adakah Dato T dan Dato Khalid orang yang serupa

(Gambar hiasan)

Dimaklumkan oleh beberapa rakan yang menghubungi www.umno-reform2.com bahawa polis juga sedang berusaha untuk mencari mereka yang terlibat menganjurkan tayangan video seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang.

www.umno-reform2.com bertanya kepada rakan-rakan media yang telah menyaksikan video tersebut. Menurut mereka video itu seakan Ketua Pembangkang – Anwar Ibrahim tetapi untuk mereka memberi kepastian adalah tidak wajar. Rakan media yang menyaksikan – senyap dan meminta biar polis melakukan siasatan.

Ada pula yang mendesak agar Ketua Pembangkang membuat laporan polis berkenaan dengan tuduhan tersebut. Setakat ini PKR telah membuat kenyataan menafikan Anwar Ibrahim adalah mereka yang terlibat dalam video seks tersebut.

PAS dalam kenyataannya turut meminta Polis menyiasat kerana menurut Mahfuz Omar , ini adalah satu bentuk fitnah – untuk memburukkan Anwar. Mahfuz juga secara tidak langsung mengaitkan UMNO dalam isu ini.

Dalam kenyataan lain Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat mengatakan, mana mungkin seorang yang muka tertutup separuh dapat memanggil hampir seluruh media untuk hadir dalam tayangan video lucah itu. Orang ini mesti bekerja dengan seseorang yang amat berkuasa.

Apa pun misteri ini masih belum terjawab. UMNO perlu menafikan bahawa mereka terlibat dan memastikan bahawa orang yang membuat dakwaan itu tampil untuk membuat kenyataan terbuka bagi mematikan spekulasi dan bertindak untuk mempamerkan kebenaran mengenai tuduhan tersebut.

Umnoreform.

2 comments:

  1. jika umno ini Islam, pembesar mereka (yg memiliki kuasa) segera mengarahkan polis menyiasat dan tangkap org bertopeng itu. itu kerja mudah, kan? ini akan megelakkan sangsi org terhadap umno.ingatlah wahai umno, wamakaru, wamakarullah, wallahukhairulmakirin......wahai mufti perak...peringatkan kroni anda.

    ReplyDelete
  2. PENCEN KONSTABLE AJE22 March, 2011 17:13

    APE YG GUA DENGOR IGP PUN TAK BERAPA GEMO CARA HISHAM HANDLE KES NI, MENJEJASKAN NAMA PASUKAN.. SEBENAR PDRM NAK BERLAKU ADIL TAPI HISHAM BADUT TAK KASI 'GREEN LIGHT' NAK SIASAT.. TENGOK LE MASA PRESSCON MUKA IGP TAK BERAPA NAK CERIA... MEMANG UMNOAPCO JENIS MELAYU CELAKO DAN BANGSAT.. MENGAMALKAN POLITIK HARAMJADAH.. APE LE KOMEN MUFTI PERAK.. MEMBISU AJE KOMER YE.. KAN ORG KOMER PUNYA KEROJE WEH...

    ReplyDelete