Wednesday, March 23, 2011

Tak perlu nak berbelit, Umno memang terbabit

Umno terbabit dengan video seks, kata Anwar

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas menteri besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.

Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.

"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.

azlan"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas),” katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan beliau merogol seorang gadis di bawah umur.

2 comments:

  1. RAHIM TAMBY CHIK TELAH DIPERBODOH OLEH DATUK ESKAY. DATUK ESKAY KATA
    DIA TELAH PUTUS HUBUNGAN DENGAN NUAR TETAPI KENAPA NUAR BRAHIM SURUH DIA CARI JAM OMEGA?

    KENAPA DIA TERUS CARI JAM ITU DI BELAKANG ALMARI?

    KENAPA 'ORANG'TINGGALKAN TAPE ITU DI SITU?
    BAGAIMANA PULAK DATUK ESKAY BOLEH BERADA DALAM BILIK YANG SAMA NUAR NAK MASUK?

    INI SEMUA USAHA NAK KAITKAN UMNO SEDANGKAN PLOTNYA ADALAH PERANCANGAN NUAR YANG TERDESAK.

    ReplyDelete
  2. tak payah nak berberbelit luncai, mmemang umno punya kerja fitnah ni.

    eskay bohong mcm tu hang percaya, semua cerita eskay tak boleh pakai nak kait dengan anwar pula.

    kalau fitnah mesti umno

    ReplyDelete