Tuesday, March 29, 2011

Tarian Poco Poco Umno haram kata Mufti Perak

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

(Gambar-gambar Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di laman Web Puteri UMNO di
http://puteriumno.my/portal/galeri-foto-umum/album/majlis-tarian-poco-poco-bersama-penduduk-setempat- )

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

TARIAN POCO-POCO HARAM

Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian.

Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus. Asas pengharaman kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

Mesyuarat tersebut juga telah mengambil keputusan bahawa pengharaman tersebut akan diwartakan. Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib.

Saya berharap Allah mengampunkan saya dan semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa. GRED S 22 Kuala Lumpur

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

3 comments:

  1. ape kaitan bentuk salib ngan poco poco. jika begitu jgn menulis huruf T kecil. ia juga menyerupai salib. islam adalah untuk org yg berakal.

    ReplyDelete
  2. Aku pernah tengok dari dekat aksi tarian poco-poco oleh mahasiswa UUM satu ketika dulu. Unsur-unsur seperti yang dikatakan itu tak ada pun. Mengapa mufti berkenaan tak komen pasal rakaman video seks yang telah dipertontonkan kepada beberapa individu baru-baru ini. Bahkan mamat yang asalnya keturunan Siam dan telah masuk Melayu itu mengaku bahawa dialah dalam video tu.

    ReplyDelete
  3. Korang tu sapa nak pertikai ilmuan Islam. Tu la kalau dah jahil bab agama, ni la jadinya.

    ReplyDelete