Monday, March 21, 2011

Umno akui ramai pensyarah anti kerajaan BN

KOTA BHARU, 21 Mac: Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mengakui ramai pensyarah di universiti utama di negara ini tidak menyenangi kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Parti keramat Umno tidak pernah membuang biar pun ramai pensyarah yang bersikap anti-kerajaan di beberapa universiti awam di negara ini.
“Ramai pensyarah yang lawan kerajaan ada di UKM, UIAM dan UM, kita tetap kekalkan juga pensyarah macam itu,” kata Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada Wacana Perdana siri ketujuh anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam kelmarin.
Tiga lagi ahli panel iaitu Naib Presiden Perkasa, Dr Asraf Wajdi Dusuki, anggota parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dari UM.
Prof Madya Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator. Wacana itu hangat sepanjang dilangsungkan apabila kedua-dua panelis mewakili Umno menjadi mangsa kepada penonton.
Orang ramai seperti tidak puas hati apabila Abdul Azeez acap kali mengungkapkan Umno sebagai sebuah parti keramat.
Sebelum itu Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu mencabar dua pensyarah yang berada pada wacana tersebut dengan mengatakan sepatutnya berterima kasih kepada Umno sehingga membolehkan mereka melanjut pelajaran ke luar negara.
Tidak puas hati dengan hujah itu Dr Abu Hassan meminta laluan daripada moderator dengan menjelaskan beliau dan Dr Agus melanjut pelajaran bukan hasil bantuan Umno.
“Tidak ada satu sen pun duit Umno digunakan kerana segala pembiayaan melanjut pelajaran ditanggungjawab kerajaan dan bukan Umno.Ia adalah tanggungjawab kerajaan,” katanya. Jawapan itu menyebabkan suasana dewan menjadi gamat.
Sekali lagi Azeez terduduk apabila setiap hujahnya dipatah dengan mudah. Beliau pada awalnya menolak menyertai wacana tersebut, sehingga tempatnya digantikan Dr Asraf Wajdi.
Bagaimanpun di saat akhir beliau menyatakan persetujuan untuk hadir. Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah pula menarik diri dan tempatnya diganti Azeez, yang menyatakan persetujuan kali kedua di saat-saat akhir.
Bagi menegakkan hujah Azeez berkata, pada suatu masa nanti pensyarah yang anti-kerajaan BN akan tahu kedudukan sebenar.
Azeez yang agak selamba pada awalnya ketika berhujah akhirnya seperti merajut apabila beberapa kali menegur penonton yang mengboo setiap hujahnya.
”Baik kita baliklah, dari mula saya cakap tadi sudah diboo, ini bukan budaya dalam Umno, baik kita balik..” katanya.
Dr Asraf, sarjana pengajian Islam berhujah politik dan agama berbeza kerana politik yang menggunakan agama hanya mahu menang dalam pilihan raya semata-mata.
”Sedangkan Islam lebih tinggi daripada politik. Politik hanya untuk menang dalam pilihan raya sahaja,” katanya.
Beliau juga menyebut PAS tidak akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya mampu menguasai kerajaan pusat memandangkan hanya bertanding 67 kerusi sahaja.
Sebaliknya ketika menjawab persoalan tersebut Khalid berkata, kesemua kerusi parlimen yang ditandingi Umno akan diisi calon Melayu daripada PAS dan PKR.
”Jadi kita tidak perlu risau kalau kerusi Melayu tidak dimenangi Umno, calon Melayu dari PAS dan PKR boleh ganti.
”Ini bermakna kuasa Melayu tetap tidak hilang seandainya Umno tewas kesemua kerusi yang ditandingi,” ujarnya.

1 comment:

  1. MEMANG PEMIMPIN UMNOAPCO TAK RETI2 LAGI DARI PRESIDEN HINGGA AHLI BIASA. DUIT KERAJAAN DIKATAKAN DUIT UMNOAPCO.. ITU PASAL MRK SELALU SONGLAP DAN MENYELEWENG DANA KERJAAN SBB MRK FIKIR DUIT MAK BAPAK MRK.. ULAMA TUA DAN MUDA DLM UMNOAPCO PUN SAMA AJE.... DUIT PEMBAYAR CUKAI LAH WAHAI MELAYU HAPRAK UMNOAPCO... BANGSATLAH LU ORG SEMUA UMNOAPCO..

    ReplyDelete