BACHOK, 11 Mac: Guru-guru yang mengajar di jajahan ini didakwa diwajibkan mengisi borang Umno. Harakahdaily difahamkan, mereka yang menyokong PAS juga diugut akan ditukarkan ke Hulu Kelantan jika terus berpendirian demikian. Menurut seorang pengunjung di dalam emelnya kepada Harakahdaily memaklumkan pelbagai tekanan yang dikenakan kepada guru yang menyokong PAS. Guru-guru juga, katanya dipaksa menghadiri ceramah politik pemimpin Umno. “Mereka ingat guru-guru boleh diperbodoh dan diperkudakan. Kami akan bertindak dalam senyap kesan dari tekanan yang mereka berikan,” tulisnya lagi. |
No comments:
Post a Comment