SHAH ALAM 3 MAC: Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin berpandangan memang sesetengah pemimpin Umno dilihat memandang remeh isu berkaitan Islam dalam melebarkan sayap politik masing-masing.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Umno merendahkan martabat Islam dan lebih mengutamakan kepentingan politik, walhal ia agama rasmi yang patut diberikan keutamaan.
“Bagi mereka itu soal-soal yang remeh, ini adalah sifat parti yang tidak mementingkan agama sebagai landasan dan dasar tapi apa yang mereka jadikan pegangan adalah soal-soal kebendaan soal-soal kemajuan soal-soal jalan raya parit, jeti dan sebagainya. Inilah mentaliti kebendaan metarialistik yang diperangi oleh Islam,” katanya.
Menurut ustaz Ghani, Islam bukanlah memerangi fahaman kebendaan tetapi memerangi fahaman sebegitu yang mengatasi fahaman Tauhid serta keimanan.
Jelasnya, iman begitu penting dalam konteks Islam memandangkan ia adalah kunci kepada kesejahteraan, kebahagiaan dan kebaikan sementara kebendaan hanya
mendorong kepada kezaliman, kejahatan dan perlanggaran terhadap keadilan dan kebenaran.
“Fahaman kebendaan golongan nasionalis Melayu ini sudah begitu merebak dan meresap ke dalam pemikiran rakyat-rakyat marhaen sehingga rakyat marhaen itu tidak lagi mendengar atau tak suka mendengar syarahan-syarahan agama, pandangan agama dan dipersenda-senda seolah-olah soal syurga neraka ni soal yang remah temeh,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, Hadi dalam siri ceramahnya di Merlimau menegaskan, sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Kepimpinan Umno yang menghalalkan kezaliman, rasuah dan maksiat menyebabkan orang Melayu Islam sendiri mulai keliru dengan hukum hakam sebenar.
Mengulas hal itu, Ustaz Ghani menyarankan umat Islam supaya berfikir dengan cara yang betul kerana Allah mengajar kita berfikir dan sentiasa mementingkan nilai-nilai kerohanian, keagamaan serta nilai-nilai murni lain.
Katanya, pihak atau kumpulan yang memandang remeh kepada ajaran-ajran ketuhanan dan ajaran yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah mereka dengan ajaran sesat dan batil.
Thursday, March 3, 2011
Umno penting kebendaan lebih dari agama
Ustaz Ghani : Pemimpin Umno Remeh Isu Agama, Pentingkan Kebendaan
No comments:
Post a Comment