Saturday, April 9, 2011

BONGKAR : Betulkah TV Selangor digodam atau kerja orang dalam?

Benarkah TV Selangor digodam? Kenyataan penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud laman itu digodam seperti di bawah:

Tv Selangor Kembali Pulih Selepas Digodam Pagi Tadi


SHAH ALAM 9 APRIL : Laman sesawang kerajaan negeri, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini.

Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman TvSelangor disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan telah menutupnya sementara waktu sehingga dibaik pulih.

“Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu.

“Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu ,” katanya.

Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan dan kembali pulih sekitar jam 3.00 petang tadi.

TV Selangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.

Betulkah digodam dari luar atau kerja orang dalam?

Apa jenis godam tak tahulah, tapi macam yang godam tu orang dalam sendiri. Siap boleh buat berita burukkan PKR , DAP dan PAS.

Blogger yang blognya pernah kena godam boleh bagi tahu pengalaman kena godam. Rasa tak pernah yang kena godam, laman tu elok saja cuma berita bertukar. Ini namanya godam tahu password. Tak tahulah kot ada yang kena godam macam tu.

Macam mudah aja dapat masuk laman ini. Kerja mudah-mudah ni adalah kerja orang yang tahu password. Apa pun harap pimpinan PKR tolong siasat betul2 laman ini digodam dari luar atau kerja orang dalam ?

Boleh beri perhatian kepada tulisan blogger Addin di bawah:

Ekoran pendedahan oleh PASPB blog semalam amat memeranjatkan ramai pihak. Bagaimana laman web kepunyaan PKR boleh mengeluarkan artikel yang mengutuk perjuangan sendiri dan rakan-rakannya PAS dan DAP, perkara ini amat-amat mengejutkan.

Sebenarnya sahabat Addin pernah memberitahu yang beliau mengenali seorang individu yang bernama Dzulkarnain Taib yang bertugas di TVSelangor. Beliau mengenali individu ini semasa beliau belajar di UKM, Dzulkarnain Taib pernah datang bersama-sama dengan mantan YB Tanjung Dawai, Rosnah Majid untuk bertemu pimpinan siswa UKM pada era reformasi 1998.

Menurut maklumat sahabat Addin, Dzulkarnain Taib ini pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan RTM. Selepas mengetahui Dzulkarnain Taib ini bertugas di TVSelangor, sahabat Addin pernah memberitahu Ketua AMK iaitu Shamsul Iskandar supaya menyiasat individu ini.

Adakah Dzulkarnain Taib ini yang membuat onar dan menjadi ejen UMNO di TVSelangor selama ini? Addin meminta mana-mana pimpinan atau ahli-ahli PKR yang membaca ,posting' ini agar menyiasat perkara ini. Sehingga ke saat ini laman web TVSelangor masih tidak boleh di 'access'..

Addin

No comments:

Post a Comment