Friday, April 15, 2011

Blogger UMNO war-war ramai sungguh ceramah BN , rupanya pertandingan menyanyi

SERANG BALAS :BN KUMPUL RIBUAN PENDUDUK KAPIT SELEPAS TERGUGAT DI BANDAR LAIN


Setelah menghadapi gelombang yang sengit di kawasan bandar utama seluruh Sarawak,Barisan Nasional dilihat cuba untuk menyaingi semula DAP apabila berjaya mengumpulkan ribuan penduduk di Parlimen Kapit untuk menghadiri ceramah mereka.

Untuk rekod,terdapat dua buah kawasan DUN di Kapit iaitu N54 Pelagus yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru PRS(BN)-PKR-Bebas dan N55 Katibas yang turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PBB,PKR dan SNAP.

Kapit sebuah bandar yang terletak di lembangan Sungai Rajang,merupakan kawasan majoriti 86% orang Iban, diikuti 11% Cina dan 3% Melanau.Kawasan yang berada di pedalaman Sarawak ini hanya boleh dihubungi dengan menggunakan bot ekspres yang memakan dua jam perjalanan dari Sibu ataupun dengan menaiki helikopter.


Ketika bandar-bandar utama lain di Sarawak nyata berada dalam genggaman Pakatan Rakyat,masyarakat di Kapit melakukan sebaliknya dengan turun beribu-ribu orang semata-mata untuk menghadiri program BN dan bertemu dengan calon pilihan mereka daripada PRS dan PBB.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat aku curi daripada blog pro BN yang nyata lesu dek gelombang rakyat Sarawak sekarang.Mungkin dengan gambar ini barulah blogger Umno boleh bernafas sedikit:


Ramai

Ceramah BN dapat sambutan

pelbagai lapisan umur turun

Apakah rahsianya?Adakah terlalu hebat hingga ribuan hadir ke program ini?Tua muda,kecil besar.Lelaki perempuan.Program apa agaknya ya?

Turut mendapat liputan hangat RTM

Barisan pimpinan BN Kapit yang hadir
Oppssss.....tengok balik gambar yang atas ni.

Gambar yang mana?Yang ini?


Bukan.Bukan yang ini.Ini gambar mahu glamour masuk TV saja.Yang bawah satu lagi.

Apa yang ini?


Ada apa dengan gambar ini?

Aik,engkau tulis blog pun tak nampak?Meh aku tunjukkan.Hah ini dia :


Aik,cik abang!Buat apa jadi jurinya?Takkanlah ada beri markah kat orang duk ceramah?
Mungkin takut pitching lari kot.

Pada hari yang sama,sebelum itu:

VIP sama,cuma juri lain-lain
Kah kah kah kah....Blogger BN memang kaki Spin...kononnya ribuan penduduk Kapit datang mendengar ceramah daripada calon BN.

Woi!Ceramah apa yang siap ada juri-jurinya?Awat takut pitching lari ke?Keh keh keh

Dek kerana sudah gagal menyaingi kempen Pakatan Rakyat,blogger upahan sanggup putarbelit gambar kononnya ribuan hadir ke ceramah BN.

Walhal ramai yang hadir tu,bukan nak tengok muka pemimpin BN.Diorang datang nak tengok pertandingan nyanyian.Apa bangang blogger BN kaki spin syok sendiri.Keh keh keh.

Adakah anda semua mahu tahu apa yang diulas oleh blogger BN mengenai gambar-gambar di atas?


Di Kapit Town Square , ribuan penduduk bandar hadir mendengar ceramah kempen BN.

Dun Pelagus menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara BN,PKR dan calon Bebas.

Pisau kata " nantikan pendedahan. Hasutan,ugutan bunuh dan ancaman oleh orang PKR di Kapit terhadap PM"


-blog Pisau-



PRN SARAWAK : CERAMAH BN DI KAPIT MALATOP !




bandar kapit malam tadi bergegar dengan ceramah BN. ahli parlimen kapit iaitu yb datuk alexander nanta linggi ( cucu tun jugah) telah belasah pakatan dalam cara yang paling sinis.

anwar menuduh sarawak mundur namun dia lupa akan satu perkara.

anwar sewaktu menjadi menteri kewangan pernah datang ke kapit, iaitu pada julai 1995. anwar pernah berjanji kat penduduk kapit untuk membina jaringan lebuhraya antara kapit dan sibu. tapi ia sekadar retorik janji politik sang al gojo sahaja.

hari ini anwar balun BN kerana kononnya tak membawa kemajuan kat luar bandar. sungguh binawe la si menate politik bernama anwar nih.

ceramah YB alex telah menarik hampir 2 ribu rakyat untuk hadir !


-blog GAP-


Betapa Gelabah nya Anwar Ibrahim bila mendapati sokongan pengundi Kapit terhadap Barisan Nasional amat Tinggi pada malam kelmarin. Maka ekoran dari itu kelam kabut lah si Baginda Mindamenalifon Anwar Brahim untuk datang ke Kapit bagi menunjukkan PKR lebih ramai dan Kuat dari BN.

Nah hangpa lihat sendiri penyokong Anwar Brahim.........


-blog pemfitnah tegar Papa Gomo-


Kah kah kah...baik punya spin.

Mereka kata,orang datang dengar ceramah.

Padahal orang datang nak dengar pertandingan karaoke.

Kalau ceramah,berjuri-juri apanya?

Macam ceramah Najib,

Kalau tak dapat tupperware jangan harap orang datang.

Orang Kapit bukannya pernah tengok Jom Heboh.

Ni sekali sekala ada karaoke ramailah anak beranak datang tengok.

Tiba-tiba blogger Umno nak pusing kononnya orang datang dengar ceramah.

Kalau ceramah BN,ramai ni je yang datang:


Ini baru ceramah BN.Kah kah kah

kamisokongpas

4 comments:

  1. BIASALAH. TAPI LEBIH BAIK DARIPADA CERAMAH PEMBANGKANG. BERTANDING FITNAH DAN TIPU. JURINYA RAKYAT.

    ESOK KITA TAULAH. INSYAALLAH PAS AKAN PULANG KOSONG.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. lagi baik rakyat jd juri sebab kalo lantik kerajaan jd juri, memang hampeh. keje nk menipu rakyat je...

    ReplyDelete
  4. marah sangat la tu luncai. Santau kentut punya penangan

    ReplyDelete