BATANG LUPAR, 5 April: Peluang PAS untuk merampas Dun Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini dilihat cerah ekoran pergaduhan dalaman melanda BN. Utusan Borneo hari ini melaporkan, penyokong BN di kawasan tersebut berbalah sesama sendiri ekoran tidak berpuas hati dengan pemilihan Razaili Gapor sebagai calon. Rasa tidak puas hati itu diluahkan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sendiri yang mendakwa pemilihan Razaili dibuat tanpa rundingan dengan ahli parti di peringkat akar umbi. Mereka yang bersama BN sejak 30 tahun dahulu itu mahukan calon pilihan mereka sendiri iaitu Mohd Eden Mohd Ali namun ditolak pemimpin BN. Sementara itu, tinjauan Harakahdaily ke beberapa kawasan termasuk di rumah panjang Kampung Matong di sini mendapati, suara-suara tidak puas hati kepada BN memang wujud. Sehinggakan mereka secara terbuka mengumumkan untuk memilih calon PAS pada hari pengundian 16 April ini. Timbalan Ketua Bahagian Parti Pesaka Bersatu (PBB) Bahagian Matong, Sukun Anak Rembau antara yang sudah bosan dengan sikap kepimpinan BN. Ianya ditambah lagi dengan isu hak milik tanah yang gagal diselesaikan, malah tanah-tanah mereka juga 'dirampas' kerajaan negeri. "Kita sudah lama memberi sokongan kepada BN, kita sokong tetapi dia tidak sokong kita. "Kita bawa masalah tanah kepada wakil rakyat, tetapi tidak ada penyelesaian," katanya. Ujar Sukun, BN sangat lemah dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan tanah adat di sini, sedangkan sejak Sarawak menyertai Malaysia lagi, isu-isu membabitkan tanah adat sudah diperkatakan. Beliau yang juga Ketua Rumah Panjang Kampung Matang kesal dengan sikap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan menyelesaikan isu tanah adat di sini. Lebih malang, tanah-tanah penduduk di sini diambil dengan pampasan sekitar RM200 seekar, menyebabkan penduduk hilang punca rezeki dan terpaksa bekerja sebagai buruh di sektor pembinaan, katanya. "Kali ini sokong bulan (PAS) kita mahu ajar "Tok Uban" (Taib Mahmud), dia tak selesaikan masalah kami di sini," ujarnya lagi. PAS mengumumkan Abang Ahmad Kerdie sebagai calon mereka bagi Dun Beting Maro. Abang Ahmad merupakan seorang peguam yang dijangka dapat membantu masyarakat di sini dalam menyelesaikan isu-isu tanah adat. "Kami mahu calon baru (wakil rakyat baru) tolong kami," ujar Sukun sambil disahut laungan 'hidup bulan' oleh penyokong rumah panjang (gambar atas). |
Tuesday, April 5, 2011
BN bergolak di Beting Maro, peluang PAS cerah
Peluang PAS cerah di Beting Maro
BILA BILA DAN DI MANA MANA PAS AKAN KATA PELUANGNYA CERAH. TETAPI BILA KELUAR KEPUTUSAN....PENGUNDI HANTU.
ReplyDeleteBEGITULAH PAS, DAHULU, KINI DAN SELAMANYA.
APELAH LU LUNCAI,LU PYA KOMEN MCM LUNCAI BERAK KAPOK... UMNOAPCO PUN MCM TU JUGAK KALAU PRK KT KEPONG PUN HANGPA KATE BOLEH MENANG. DULU PRK PERMATANG PAUH.. ZAHID HAMIDI BAGAN OPAH KATE ADE CAHAYA DIHUJUNG TEROWONG LE HARI MENGUNDI PUKUL 5PM BERSURAI ORG2 BE END... PIEE LAH LUNCAI LU 'FIRST CLASS MELAYU HAPRAK'
ReplyDeleteBerikan sokongan padu kepada calon PAS. Insyaallah, Pakatan Rakyat boleh menang..
ReplyDeleteBN PENIPU, BN HARAM JADAH, BN PEMBOHONG, HARGA MINYAK NAIK DAN TERUS NAIK, HARGA BARANG NAIK DAN TERUS NAIK TAK PERNAH TURUN. MEMANG CELAKA HARAM JADAH PUNYA BN MENYALAHKAN RAKYAT MENGHARAP PADA SUBSIDI. KALAU TAKDE SUBSIDI MACAMANA RAKYAT NAK BERBELANJA SEBAB GAJI RENDAH. DAHLA GAJI RENDAH, DISURUHNYA BERJIMAT DAN MENYIMPAN. NAK SIMPAN MACAMANA KALAU HARGA BARANG MAHAL. BODOH PUNYA BN, NAJIB HARAM JADAH. HANCUR BN. YA ALLAH, BUKAKANLAH PINTU HATI RAKYAT SARAWAK MEMBERI UNDI KEPADA PR UNTUK BERUSAHA MENGUBAH NASIB RAKYAT. HANCUR BN DAN UMNO.
ReplyDelete