Rakyat Sarawak dilihat mempamerkan sikap politik agak unik pada pilihan raya negeri itu kali ini. Pemerhatian saya di beberapa kawasan khususnya yang ditandingi PAS, memperlihatkan sedang wujud satu 'gelombang besar' di peringkat rakyat untuk melakukan perubahan politik. Perubahan ini khususnya, berlaku di kalangan majoriti kaum Iban dan Melayu Melanau di sini. Beting Maro, Sadong Jaya dan Sebuyau, antara yang paling jelas menunjukkan semangat rakyat menolak BN. Uniknya, perubahan ini hanya dapat dirasai jika kita benar-benar mencermati tutur dan perbualan penduduk di sini. Mereka berhati-hati dalam perbualan, dan seboleh mungkin tidak akan membincangkan soal untuk melakukan perubahan secara terbuka. Namun bila mereka yakin dengan siapa mereka berbual, satu persatu kemarahan kepada BN dilontarkan. Jika melihat suasana di sini secara kasar, seperti tiada apa-apa yang berlaku, apatah lagi berdepan kempen kedua-dua pihak yang masih di peringkat awal. Lebih mengelirukan, jika dilihat cara mereka mempamerkan sokongan, kerana mereka memasang kedua-dua bendera PAS dan BN pada rumah masing-masing. Ketika ditanya kenapa memasang kedua-dua bendera, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Kamal berkata, "bendera PAS itu yang saya akan undi, bendera BN itu sebab saya mahu pemimpin BN datang rumah beri bantuan pada saya". "Bila saya buat begini, dua-dua pihak akan mengaku saya penyokong mereka, dan mereka akan datang ke sini," tambahnya lagi. Secara mudahnya, mereka seolah-olah sedang memprotes kepada BN secara senyap dan hanya akan bertindak pada kertas undi. Bagaimanapun di dua lagi Dun yang ditandingi PAS iaitu Muara Tuang dan Tanjung Datu, kekuatan sokongan terhadap parti itu dan BN dilihat masing-masing seimbang. Kempen fasa pertama yang masuk hari ketiga semalam secara keseluruhan masih lagi dilihat perlahan bagi parti yang bertanding termasuk Bebas. Ianya mungkin disebabkan faktor jentera yang terhad yang terpaksa dibawa dari Semenanjung, faktor jarak dari satu ke satu kawasan yang jauh, dan kemudahan asas yang agak terhad membantutkan kelancaran kempen. PAS dan rakan Pakatan Rakyat lain dilihat lebih banyak menggunakan pendekatan kempen rumah ke rumah dan ceramah kelompok. Mereka menggunakan pimpinan-pimpinan yang dianggap 'top gun' nasional yang berkampung di sini sejak awal pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) lagi. Bagi PAS, antara yang berkampung di sini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Berbanding BN pula, mereka dilihat lebih banyak berkempen menggunakan media khususnya televisyen dari pendekatan rumah ke rumah yang diamal mereka sebelum ini. Jika keadaan ini berterusan, banyak pihak menjangkakan PAS sekurang-kurangya berpeluang menang di tiga kerusi yang sedang berlaku gelombang perubahan, daripada lima kerusi yang ditandingi. Paling mengujakan di Beting Maro yang turut dibantu faktor calon mudanya, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang kini diterima seperti selebriti. Di Dun itu juga terdapat perkampungan Melayu Melanau terbesar di Malaysia iaitu Kampung Beladin yang juga menjadi faktor penentu kemenangan PAS. Bagaimanapun sedikit 'reserve' diletakkan apabila terpaksa berdepan pelbagai taktik kotor BN khususnya politik ugutan, dan politik wang di saat akhir. Satu lagi kebimbangan yang ada berdepan pilihan raya Sarawak kali ini adalah tindakan menggunakan ilmu sihir bagi mengkhianati pihak lawan oleh pihak tertentu. |
Friday, April 8, 2011
"bendera PAS itu yang saya akan undi, bendera BN itu sebab saya mahu pemimpin BN datang rumah beri bantuan pada saya"
Semangat tolak BN beri harapan pada PAS
PERINGATAN BAGI BLOGGER MUSLIM
ReplyDeleteJGN TERJEBAK SAMA MENYEBARKAN FITNAH SESAMA MUSLIM
KALAU SESUATU ITU BELUM NYATA ATAU BUKTI JELAS...USAHLAH TERLIBAT SAMA
JAGA AKHLAK DAN ADAB, TERUTAMANYA SEBARKAN SESUATU ITU BIARLAH BERPANDUKAN SYARIAT....BUKAN NAFSU
SEBAGAI MUSLIM KITA TERIKAT DENGAN HUKUM:HARAM,HALAL,HARUS(MUBAH)
DAN ...DOSA DAN PAHALA!
JANGAN TERIKUT2 DGN BLOGGER YG TIDAK BERPAKSIKAN SYARIAT(SEKULAR)
SEBAB MEREKA HANYA SEKADAR HIDUP DI DUNIA, TANPA MEMIKIRKAN AKHIRAT
JIKA SEKALIANNYA BERJUANG UTK ISLAM,IKUTLAH APA YG DIAJARKAN OLEH ISLAM...
SDR TAUKAH BAHAWA KAMI(MUSLIM SARAWAK) BERDAKWAH BERTAHUN2 MENYEBARKAN AJARAN ISLAM DI SARAWAK
YANG HANYA 26% SAHAJA YANG ISLAM!
TIBA2 SDR MENABUR FITNAH DAN TOHMAHAN TANPA ASAS NYATA...HANYA BERGANTUNG KEPADA CERITA2 KAKI LIMA SAHAJA
ADILKAH SDR TERHADAP PERJUANGAN PEMIMPIN2 ISLAM SARAWAK YG TERBUKTI PERJUANGAN MEREKA SELAMA INI?
ADILKAH PENGORBANAN MEREKA UTK SARAWAK SELAMA INI DINAFIKAN DEK KERANA POLITIK SEMPIT?
YAKIN DAN PERCAYALAH...SDR SEMUANYA(BN=umngok@PR) YG DTG DARI MALAYA KAN BALIK SELEPAS PILIHANRAYA NI...
SEMUA TAIK DAN NAJIS YG DITABUR DAN DIHAMBUR OLEH SDR2 SEMASA KEMPEN AKAN MEMBUSUKKAN SARAWAK!
SEDANGKAN SDR2 BALIK KE MALAYA JUMPA ANAK BINI TANPA RASA BERSALAH
MALAH MENGAKU SEBAGAI,HERO!
TAHUKAH SDR APA AKAN TERJADI DGN UMAT ISLAM SARAWAK, JIKA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA TIDAK MENYEBELAHI UMAT ISLAM?
KALAU MUSIBAH YANG BERLAKU TERHADAP UMAT SARAWAK,MAKA SDR2 SEKALIANLAH PENGKHIANAT UMAT ISLAM SARAWAK!!!!
PR PULA NAK ANGKAT BARU BIAN JD KM SARAWAK....KUNUUNNYA JIKA PR MENANG!
SDR2 DAH KENAL SGTKAH BARU BIAN NIE,SIAPA???
JGN KEPALA DAH BENJOL BARU TEGADAH!
DAPAT SETELKAH MASALAH TANAH DI SARAWAK KALAU PR MENANG???
JGN ANGAN2 MAT JENIN!
KITA BIMBANG, KHUSUS NYA PR YG MUSLIM NANTI MENJADI LEBAI MALANG!
YANG DIKEJAR XDPT,YG DIKENDUNG BERCICIRAN!
MUSLIM SARAWAK KENA FIKIR 1000X
JGN JADI PENGKHIANAT UMAT ISLAM SARAWAK!
INI SEMUA PENCACAI UMNO PUNYA TULISAN, TAK PUN PERKASA. DAH NAK KALAH DOK BISING. KENAPA PAS BUKAN ORANG ISLAM, PBB JA ISLAM. PBB KALAH PAS MENANG. PBB KALAH PKR MUSLIM MENANG. KERUSI ISLAM TAK BERKURANG PUN
ReplyDeleteTaib Mahmud walaupun Islam lebih teruk tindas orang Islam di Sarawak
ReplyDeleteIslamkah itu jika merampas dan menzalimi penduduk sejak 30 tahun dulu?
ReplyDeleteIslam tidak mengajar kita bertolong-tolongan dlm mengarjakan kezaliman dan penindasan..
Jgn terpedaya dgn ID taib yg Islam atas namanya shaja..Lg pun ianya adalah pertembungan calon Islam menentang calon Islam..Calon bukan Islam lwn calon bukan Islam..Klu di semenanjung,Calon PAS lawan MCA pun PAS boleh menang..
Usah terpedaya dgn PERKASA dan UMNO,mereka hanya Islam pd nama sahaja..Mereka sengaja mahu memecahkan kesepaduan rakyat Sarawak dgn doktrin agama yg Nabi x ajar pun..Jgn Takut,jgn ragu..Kita keluarga besar..Kita bukan berada di US atau UK yg mana Islam dan bukan Islam saling mencurigai...
Kita belajar dgn situasi di Mesir bahawa penganut Kristian membuat benteng melindungi penganut Islam yg bersolat di Dataran Tahrir..Org Islam juga percayakan Jesus krn Jesus tergolong dlm Nabi yg wajib Org Islam imani..Kita ada similarity ground..Jgn ambil pusing dgn polotik sempit BN..Doktrin mereka hanya utk kepentingan politik semata-mata..
Salam...ha ha ha...ya US/UK...memang mungkin sdr paham...tapi realiti Islam di s'wak? sy setuju sepenuhnya..apa yg dinyatakan ole sdra di atas..kenalkah anda sapa BARU BIAN & n pandangan org2 spertinya terhadp Islam.?..ini bukan pasal UMNO /PerkSA OR BN.UTK PENGATAHUAN,KALU BOLE ARI NI gak sy humbng seluruh kerAjaan TM/BN ke sungai btg lupar...sy menyampah dgn BN..n segala kemungkarannya...tp sy anak sarawak jati n dah masak betul tentang pergaulan n pendapt suku kaum lain yg non-muslim...
ReplyDeletememang PBB selama ini menindas..tidak adil ...tanah adat kami pun da terbang melayang...tapi islam selamat
cuba rujuk al-quran..sapa yg kuat menentang Islam?...betul sprti kata...anon..jgn di kejar tak dapt yg di kendung berciciran...Cuba tanya dgn Tun Rahman sejarah kalong Ningkan n usaha beliau mengembangkan islam di s'wak?(silapnya beliau lebih pentingkan dinasti keluarga dari kepentingan bangsa /agama)
memang Pas islam,pkr islam.tp majoriti sarawak bkn islam..bila dah ditampuk kuasa..apa2 bole jd.Bole dijaminkan ke tidak berlaku seperti Pairin Kitingan?(sy bercakap sebab saya ARIF betul dgn sentimen ugama suku kaum ulu..yg pling fanatik .aristokratik ialah Lun Bawang /kelabit...suku kaum BARU BIAN) lebih baik DAP..jgn lupa akta imegresan khas sarawak...jgn lupa " tang visi" Borneo raya /sabah/sarawak/filipina berpaksikan xtian?...taukah tang ni?...rasanya anwarpun tak tau...
ditakdir tewas n sy doakan gagal...(kalu itu le calon KMnya..) jgn percaya hanya kata2 ini...SILA wat tinjauan/.selidik...duduk la di pedalaman jelajah kawasan ulu...bergaul lah degn suku kaum ini(bukan iban..yg agak terbuka kecuali yg agak fanatik agama)...tanya pendapat orang melayu/islam tempatn? ...jgn nanti tiba2..Sarawak yg asalnya kesultan melayu...lenyap dari bumi malaysia..
Cuba selidiki napa DAP nak /berkeras nakkan Baru Bian sbgai km?...PAHAMI keadan n Sentimen kristianisasi di sarawak..YG Sgt Jauh berbeza dari semenjung.Kalu bukan takdirkan Allah sarawak masuk malaysia .umat islam dah merana..tak mustahil ramai yg hanyut /murtad...wat kajian brp ramai yg bersekedudukan sperti di indonesia tpi kawin sivil..(berlaku dlam keluarga sy sendiri..alhmdullilah bole dselamatkn) tau ke betapa pedih melihat saudara mara di murtadkan.?..tak menitis air mata asal islam ,makan babi masuk gereja?..saudara-mara saya...sbelum malaysia...tak mustahil ini akn terjdi jika pemimpin/yg memimpin BUKAN ISLAM.Jika Islam memimpin yg betul2 islam takkan menindas sprti PAS..takkan berusaha paksa org masuk islam...tp sedarkan kalian usaha gereja utk memurtadkan umat? tak bole salahkan meka..sebab pd anggapan meka menyelamatkan manusia dari api neraka ....tp sanggupkah kita? tanyalah pad uztaz2 mualaf skarng yg dulunya paderi tang usaha tuk memurtadkan umat islam di sabah n sarawak...sy berani berckp sebab kampung n rumah sy...seringkali dikunjungi ole missionari walaupun tau kami berugama islam..dgn umpan wang ringgit/bantuan..sanggupkah anda semua menerima ini sbagai org islam?....saya lahir n hidup di bumi sarawak...keluarga saya ada Islam/kristian/pagan ...sya paham betul ...keadan ini DEMI ISLAM N ALLAH YG ESA(bukan triniti sprti xtian) sy terpaksa pilih BN di bumi sarawak...walaupun dgn berat hati..walupun dengan air mata ..kerana di sini Tanah tumpah darah ku...sy taknak terpaksa berhijrah nanti kalu sy pilih Islam..wallahualam
ni satu lagi komen pencacai Umno kelirukan orang Islam
ReplyDeleteSAYA NAK CABAR SEMUA PARTI POLITIK DI MALAYSIA WAJIB MEMILIKI SIJIL PENGURUSAN HALAL SEPERTIMANA SYARAT YANG DIKENAKAN KEPADA SYARIKAT2 PERNIAGAAN DI MALAYSIA TERUTAMANYA SYARIKAT YANG MENGANJURKAN PERNIAGAAN MULTI LEVEL..
ReplyDelete