Petrol RON97 naik 20 sen, kuat kuasa tengah malam ini
Demi Umno tercinta biarkan! biarkan! kerana aku ,orang biasa basikal tua - Luncai
KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.
Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.
MASIH MURAH LAGI JIKA DIBANDINGKAN DGN DI S'PURA, SIAM MYAMMAR, KOREA DAN HONG HONG SBB NYA DISANA KALAU NAK AMIK AIR DI TELAGA KENA KUAK ATAU SEDUT MINYAK BARU JUMPA AIR TAU... ALASAN DULU KINI DAN SELAMANYA....
ReplyDeleteTERIMA KASIH BN (Barang Naik)!
ReplyDeleteKERANA MENYUSAHKAN RAKYAT...
RON97 NAIK 20SEN
LEPAS NI TEPUNG NAIK
SUSU NAIK
GULA NAIK
MINYAK NAIK
'HADIAH KERAJAAN BN UNTUK RAKYAT'