Friday, April 15, 2011

Laporan Langsung Pilihanraya Sarawak 2011

Laporan langsung

9 pagi - Proses mengundi bermula jam 8 pagi tadi.

10 pagi – N44: Petugas KEADILAN tangkap kes undian 2 kali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machan. Bantahan dibuat tapi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan tandatangan borang banatahan.

Petugas KEADILAN sedang berunding dengan pegawai SPR di SK Ulu Ranan yg tidak mahu terima bantahan.

10.42 pagi – Laporan tidak rasmi menyebut terdapat tiga pusat mengundi yang dilapor telah ditutup dan peratusan pengundi yang keluar di pusat berkenaan adalah seperti berikut: N18 Tebedu – 60 peratus , N21 Simunjan – 60 peratus(peratusan tidak rasmi).

Calon KEADILAN di N18 adalah Dr Christopher anak Kiyui, dan di N21 calonnya adalah Mashor bin Hossen.

10.50 pagi – Berikut adalah peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di tiga Dun berikut: N35 Belwai – 53 peratus , N11 Batu Lintang – 11 peratus.

10.54 pagi – Peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di N70 Ba’ Kelalan dilaporkan sebanyak 70 peratus. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian merupakan calom KEADILAN di N70 Ba’ Kelalan.

11.00 pagi – Terdapat dua Dun yang peratusan keluar mengundinya dilapor masih rendah. Dun tersebut adalah N30 Saribas – 30 peratus dan N28 Engkelili – 30 peratus. Calon KEADILAN bagi N30 Saribas adalah Abg Zulkifli Abg Engkeh.

11.05 pagi – Calon KEADILAN N28 Engkelili, Marudi anak Mawong dilapor dihalang masuk ke pusat pengundian ketika melakukan lawatan.

11.20 pagi – Di N27 Dun Simanggang, DAP membuat laporan kepada polis dan SPR kerana BN dikatakan mempunyai pondok panas dalam kawasan pusat mengundi SK Sri Aman Kampung Muhibbah, dan juga kewujudan kain rentang BN dalam jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.

Calon DAP, Leon Donald menentang calon SUPP Francis Harden di Simanggang.

11.30 pagi – Di N07 Semariang, BN membina pondok panas di luar pagar pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya sekarang tidak membenarkan pondok panas dibina. KEADILAN membuat bantahan kepada SPR namun mereka tidak mengendahkan laporan itu.

Perkara yang sama juga dilapor berlaku di N33 Dun Kalaka. Pondok panas BN berada dalam zon bebas 100 meter dari pusat pengundian di Kampung Kabong, Sekolah Kebangsaan Chung Hwa, Sekolah Abg Leman, Sekolah Kebangsaan Kupang.

Insyaallah kita akan kemaskini dari masa ke semasa…Doakan kemenangan PR di Bumi Kenyalang

No comments:

Post a Comment