Tuesday, April 26, 2011

Mamat Khalid sertai UMNO ? Baca pula ulasan Pak Jabit

Berbeza politik, tidak pada karya: Pak Jabit

SHAH ALAM – “Sebagai rakyat yang matang saya tidak akan berpisah de-ngan Mamat Khalid dari segi berkarya walaupun antara kami berbeza fahaman politik.”

Itulah kata-kata Abdul Kadir Abdul Manaf yang lebih dikenali sebagai Pak Jabit dalam filem lakonannya ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ mengenai pengarah filem, Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid menyertai UMNO, semalam.


Ketua Cabang PKR Temerloh itu berkata, Malaysia sudah 53 tahun merdeka dan sebagai rak-yat kita sudah faham dengan demokrasi berpolitik yang memberi kebebasan sesiapa sahaja menceburkan diri dalam parti politik berdaftar.

“Saya tidak terkejut mendengar Mamat me-nyertai UMNO malah menyokong perjuangannya kerana dalam berkarya beliau tidak sesekali menilai seseorang itu melalui perbezaan politik.

“Malah saya lebih terkejut dan menentang habis-habisan sekiranya Mamat menyertai parti komunis atau menjadi perosak negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pak Jabit yang juga Penyelaras Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) berkata, hakikatnya jika solat Jumaat dan di sebelahnya orang UMNO adakah dia terpaksa keluar saf kerana berbeza politik?

“Soal parti adalah hak individu, terpulang bagaimana cara seseorang itu menyumbang terhadap parti politik yang disertainya sama ada untuk diri sendiri, tanah air, masyarakat atau sekadar pemerhati sahaja.

“Begitu juga keakraban saya dengan Mamat, saya akan terus menyokong kerjayanya dalam perfileman kerana tahu beliau seorang yang kreatif menzahirkan idea bernas dalam menghasilkan cerita menarik serta mempunyai pengajaran (mesej) kepada penonton.

“Siapa tahu suatu hari nanti, Pak Jabit mungkin duduk semeja dengan Mamat jika kami sama-sama dicalonkan menjadi menteri,” katanya berseloroh.SH

5 comments:

  1. Janji nak bawak ribu-ribu atis masok hamPAS bang bob kata?mana dia? memang hamPAS YA BANG bob YA

    ReplyDelete
  2. YER LER,KAU NI MEMANG BERAMPAS LA LEEKOSYUUUUU...

    ReplyDelete
  3. anti-zulnoording alghuyub26 April, 2011 07:02

    pokemon la lu leekenyou..apa masalah lu,depa nak masuk pas ker umno ker dap hatta SUPP sekali pun...yg lu busuk hati benar pehal...

    ReplyDelete
  4. masuk parti apa sekali pun ada aku kesah?dari allah kita datang kepada dia kita akan dihadapkan dengan segala hukum keatas segala perbuatan kita sendiri.masa tu segala yang tersirat segala niat nawaitu tidak akan dapat disorokkan lagi.semasa tu kesemua wayang,karya yang baik atau tidak akan menjadi bahan bukti menghisab diri sendiri.tepok dada tanyalah iman.

    ReplyDelete
  5. pokku(putrajaya)26 April, 2011 18:16

    dengki lah tu leekonyou...dia masuk parti najis b-end dulu takde pun dibuat majlis besar macam si ac mijal....kahkahkah...habiskan boreh je...

    ReplyDelete