Kehangatan semakin terasa apabila sehingga kini 7 orang menteri telah pun turun membantu kempen di Sadong Jaya.
Ini menunjukan bahawa situasi agak genting bagi BN di Sarawak khususnya Sadong Jaya. Ianya terbukti apabila program pada hari ini telah diaturkan untuk DS Najib Abd Razak menyampaikan ceramah beliau di Dewan Utama Pekan Sadong Jaya.
Situasi ini membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap PAS pada kali sangat berlainan dan mendapat sambutan dari masyarakat setempat.
Sebelum dari itu, Jpr PAS DUN sadong Jaya hari ini mendapat kejayaan moral apabila 6 buah cawangan baru akan ditubuhkan. Maklumat penuh berkaitan penubuhan cawangan tersebut akan aku paparkan setelah selesai majlis perasmiannya pada malam ini.
Siri kempen di UPU Jemukan, Dr. Rani (ADUN Meru) sedang menyampaikan ceramah, turut diadakan pada malam tersebut ialah wayang pacak
Selain dari itu, satu kejadian yang amat memalukan BN disini ialah apabila salah seorang ketua kampung di salah seorang ketua kampung disini yang dikenali sebagai Hj.Wahab telah dinafikan hak untuk mendapat bekalan elektrik apabila meter yang dipasang dirumah beliau dicabut kembali.
Alasan yang diberikan oleh pihak terbabit, bahawa mereka tidak mempunyai borang permohonan dari pihak pemohon, sedangkan borang tersebut telah pun dihantar oleh beliau.
Menurut maklumat dari Hj.Wahab, ini berkemungkinan atas sentimen politik, kerana beliau yang agak cenderung kepada pembangkang.Abu asy-syaffaa'
YANG AKU KESIAN HAJI HADI. PULUN SETENGAH MATI DI SARAWAK, HUSAM PULUN KERUSI DIA DI BUKIT BINTANG. INILAH PAS BARU, RUNTUHKAN ULAMAK CIPTAAN SENDIRI.
ReplyDeleteLEPAS NI NUAR IBRAHIM JADI MURSYIDUL AM.
Ada Hj Hadi kisah ke kalau ada ssiapa nak rebut jawatan presiden PAS.. PAS bukan mcm UMNO laa.. yg sanggup upah bomoh semata2 nak rebut jawatan ketua bahagian.. Lepas tu kena kerat 18.. padan mukaaa...
ReplyDeleteLuncai habis idea sejak kena santau kentut
ReplyDeleteRasanya HJ Hadi lg hepi kalau tak jd presiden. Lepas satu beban amanah yang sangat sangat sangat besar...
ReplyDelete