Saturday, April 9, 2011

Orang Iban Muai BN, Sarawak bakal meranapkan BN

Oleh ramziredang

"Seorang calon wanita BN Sarawak, merasa gerun dengan perubahan angin rakyat yang membenci BN dan tidak mampu membendung rasa ketakutan lagi. Dia sedar sebahagian besar rakyat Sarawak sangat marah dan benci BN sehingga dia merayu kepada pengundi, "dont think what u angry in the past but think what u can get in the future"

Ramai pemimpin tempatan mula tidak menghadiri majlis yang diadakan oleh calon BN. Tetapi majlis yang diadakan oleh calon pakatan rakyat mendapat sambutan sangat luarbiasa.

Satu kawasan kubu kuat PBB bakal menjadi kubur kepada PBB, itu janji penduduk kampung kelka.

Di kebanyakan kawasan, anak muda tempatan nampaknya akan menjadi satu gerakan yang memulakan segala perubahan. Setiap kawasan yang dilawati pemimpin pakatan rakyat akan dibantu oleh anak muda tempatan sebagai petugas. Ini adalah petanda besar bahawa anak muda telah memainkan peranan penting untuk mempengaruhi orang tua tempatan

Ketua ketua suku rumah panjang pula menyambut besar kedatangan pemimpin PR dan ramai di kalangan Ketua rumah panjang sendiri berucap mencelah akan menjatuhkan BN. Mereka sudah jemu diperkotak katikkan tentang tanah adat.

Antara kawasan yang jelas memberi sambutan besar terhadap pemimpin pakatan rakyat adalah:

1. Kg Jepak

2. Rumah panjang Lampoh

3. Dun Kakus

4. Rumah panjang puji,selangau,tamin

5. Kg Hijrah

6. Pekan julau

7. Pekan Saratok(sambutan sangat luar biasa)

8. Kg baru ulu betong

Saya sekadar menyebut sebahagian, masih banyak lagi kawasan kawasan yang terdiri dari majoriti orang melayu dan iban, menunjukkan sokongan dan sambutan luar biasa terhadap pakatan rakyat.

Mereka seolah olah berkobar kobar ingin menjatuhkan segera BN. Kalau pada PRU ke 12, sebahagian besar kawasan bandar yang terdiri dari pengundi cina telah menolak BN, kini momentum tersebut telah meletup di kawasan pendalaman dan kawasan ulu.

Nyatalah kini Taib Mahmud bakal mengakhiri riwayat politiknya dengan episod suram. Ternyata Taib yang sudah terlalu lama di pentas atas bakal dinyahkan ke bawah oleh rakyat yang selama ini mengangkat naik dirinya ke persada billionair.

Taib bakal mengikuti jejak langkah Wan Mokhtar, menteri besar terengganu yang kalah dengan tidak disangka kerana asyik dibuai kemewahan tanpa sedikitpun menghiraukan rasa berdosa membaham harta negeri. Hinggakan saat saat terakhir dan hampir pilihanraya pun masih lagi sempat membeli mercedes model baru. Bila Terengganu jatuh ke tangan PAS, beliau berkeras tidak mahu menyerahkan kereta tersebut. Nasib baik kerajaan PAS menghadiahkan terus kereta tersebut sebagai mengenang jasa pemerintahannya selama hampir 30 tahun.

Saya percaya pakatan rakyat tidak akan menang secara majoriti di Sarawak, tetapi sebahagian besar akan berjaya ditawan. Ini nanti akan membawa tsunami politik yang lebih besar di semenanjung.

Sebagaimana yang berlaku ketika tsunami politik PRU12. Selama ini Sabah dan Sarawak adalah kawasan yang menjadi aset kukuh untuk BN. Namun dari kawasan yang kukuh dan kuat itulah bermulanya gerakan keruntuhan BN.

Kitai Muai BN

No comments:

Post a Comment