Ugutan SUPP : Kalau tak mahu UMNO masuk Sarawak, undi SUPP
SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.
Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.
Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.
Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.
Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok.
DAP terlibat dalam perang ‘minda’ dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina.
Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu.
Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.
Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu.
“Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?” kata beliau.
“Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang,” kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News.
“Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang,” kata Tiong.
Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini.
Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, kelihatan iklan-iklan BN dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di negeri membawa mesej “Undi BN, Jauhi Orang Luar Dari Sarawak”.
Liew, yang membantu kempen DAP di kawasan Sibu berkata mesej itu nampaknya digunakan untuk merujuk kepada parti-parti PR.
“Ia maksud yang mendalam bahawa Sarawak hanya harus diperintah oleh parti komponen BN tempatan,” kata Liew mengulas kenyataan Tiong.
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng turut mengecam dengan mendakwa Umno sudah puna hadir dengan semangat Sarawak sebagaimana disaksikan dalam banyak dasar-dasarnya yang ia gubal.
“Dari segi spiritual, Umno sudah pun mengawal PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan SUPP. Tiada sesiapa pun dalam PBB atau SUPP berani bertindak menentang Umno,” kata Wong lagi.
Begitu juga Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang memberi amaran agar komuniti Cina tidak mengabaikan BN kerana kekurangan perwakilan dalam kerajaan negeri akan menjejaskan kepentingan komuniti itu sendiri.
Kong berkata komuniti itu menikmati lebih banyak keistimewaan di Sarawak berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung. Ini dapat dilihat dalam jawatan-jawatan kemasyarakatan seperti penghulu, pemancar dan kapitan.
“Mereka perlu faham bahawa jika mereka memutuskan untuk tidak memberi undi kepada perwakilan mereka, parti-parti lain dalam perikatan mungkin akan menggunakan (kesempatan itu) untuk mengatasi SUPP sebagai alasan mengubah setiap perkara,” kata Kong.
SUPP bertembung dengan DAP di 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina.
Kehadiran dalam jumlah ramai pada perhimpunan ceramah DAP dan peningkatan aliran derma menyebabkan sesetengah pihak meramalkan ia akan menang di kesemua 15 kerusi ditandinginya.
Wong yakin bahawa rekod prestasi DAP yang memperjuangkan kepentingan semua kaum akan terbukti dengan sendirinya meskipun ada yang memainkan dakwaan politik perkauman.
“Kaum Iban tahu bahawa saya bercakap mengenai hak tanah mereka di Dewan Undangan Negeri. Mesej DAP merentasi semua kaum,” katanya.
Persaingan sengit di 15 kerusi dipercayai turut membawa kepada kerja-kerja menabur wang dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan undi, kata DAP.
“Jika dahulu setiap undi dibeli dengan RM100, sekarang ia meningkat kepada minimum RM300. Di Bukit Assek RM300, di Bawang Assan RM500. Di Meradong RM1,000,” kata Wong.
Pengundi-pengundi didatangi ejen-ejen yang menawarkan RM100 hingga RM300 bergantung pada kerusi, secara spontan dan baki dibayar kemudian.
Sebaik sahaja undi dibuang, pengundi perlu menunjukkan bukti foto yang diambil menggunakan kamea telefon mudah alih untuk mendapatkan baki bayaran selepas hari pengundian.
Baki bayaran hanya akan dibayar jika BN menang, kata Wong. Ini untuk memberi insentif kepada pengundi untuk mendapatkan seramai pengundi yang boleh untuk menyokong BN.
No comments:
Post a Comment