Tuesday, April 12, 2011

Tunggu beberapa tahun Taib Mahmud nak letak jawatan sejak tahun 1995

Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini.

Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar.



Walau bagaimanapun, pihak Pakatan Rakyat seharusnya berterima kasih dengan penipuan Taib Mahmud ini. Dengan adanya pemimpin Barisan Nasional yang merompak harta rakyat, gila kuasa, kronisme dan nepotisme seperti ini, maka tugas Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Barisan nasional di Sarawak menjadi semakin mudah. Terima kasih kepada Taib Mahmud kerana telah gagal mentadbir Sarawak dengan baik dan jujur.


ReJaM© "Kalau Taib Mahmud letak jawatan, Pakatan Rakyat lagi pening kepala nak menang kah kah kah..."

2 comments:

  1. DIA MACAM NIK AZIZLAH. BEZANYA NIK AZIZ DAH UZUR SANGAT, TERPAKSA PAPAH.
    TAIB SIHAT LAGI.

    2. TAIB RAKYAT TAK BAGI TURUN, NIK AZIZ RAKYAT TAK SABAR NAK DIA TURUN..

    ReplyDelete
  2. RAKYAT DAPAT BANDING NIK AZIZ DENGAN TAIB MAHMUD.

    RAKYAT KELANTAN SOKONG NIK AZIZ, RAKYAT SARAWAK BENCI TAIB MAHMUD ITU BEZANYA

    ReplyDelete