Monday, May 16, 2011

4000 rakyat berhimpun sokong ladang rakyat, 200 orang UMNO berhimpun bantah ladang rakyat

TUMPAT, 16 Mei: Lebih 4,000 peserta Ladang Rakyat berhimpun di Koperasi Ladang Rakyat sempena program hari himpunan anggota koperasi ladang rakyat di Wakaf Baru.

Biarlah sekitar 200 peserta Umno berdemo di hadapan Kota Darulnaim pagi ini untuk menyerahkan ‘memo rakyat’ tetapi di sini mereka yang menyertai himpunan begitu ramai untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri dan Ladang Rakyat.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Eksekutif Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Dua deklarasi dicapai iaitu menyatakan sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di samping memperkukuhkan Ladang Rakyat sebagai satu badan untuk membantu rakyat dan memperteguhkan kerajaan dipimpin ulama.

Deklarasi itu disampaikan oleh Nazmi Ghazali.

Pagi tadi juga, kira-kira 200 Pemuda Umno berhimpun di perkarangan Kota Darul Naim, pejabat SUK Kerajaan negeri bagi membantah projek Ladang Rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, Umno menghalakan serangannya kepada dua projek utama kerajaan negeri iaitu Ladang Rakyat dan Bazar Tok Guru. Ladang Rakyat dibuat untuk membantu para penduduk miskin dengan cara memberikan dividen bulanan antara RM200 hingga RM300 untuk setiap peserta ladang itu.

Bazar Tok Guru pula bakal menjadi mercu tanda baru pusat perniagaan untuk peniaga kecil Kelantan tidak lama lagi. Ia sudah siap dibina namun Umno dengan menggunakan pihak lain sentiasa sahaja mempertikaikan projek itu.

Penduduk akui Ladang Rakyat tak rampas tanah

GUA MUSANG, 16 Mei: “Ladang Rakyat tidak pernah rampas tanah rakyat. Kalau ada tanaman mereka tidak masukkan dalam kawasan projek.

“Lagi pun kawasan yang diambil Ladang Rakyat kesemua tanaman yang pernah ditanam tidak menjadi akibat dimakan binatang liar,” kata Ramli Abdul Rahman, 57 ketika ditemui di Kampung Baru Star.

Kampung tersebut terletak kira-kira 25 km dari bandar Gua Musang. Kedudukannya di laluan yang menghubungkan Gua Musang dan Jeli melalui Jelawang, Dabong.

Di sebelah timur bukit di kampung itu, tidak jauh dari masjid terletak projek perladangan sawit diusahakan Ladang Rakyat.

Kelapa sawit yang ditanam tiga tahun lalu kini ada yang sudah berbuah.

Ramli memberitahu Ladang Rakyat tidak pernah merampas tanah penduduk kampung seperti didakwa sesetengah pihak melalui media massa sebelum ini.

”Saya masih ingat lagi sewaktu Allahyarham Chek Hashim Sulaiman menjadi Penyelia Dun Galas acap kali beliau datang menemui penduduk membincangkan cadangan Ladang Rakyat membangunkan ladang sawit di sini.

”Kalau tidak silap enam kali beliau datang. Perjumpaan diadakan di masjid Star Baru dan Madrasah di Kampung Kalai,” katanya.

Menurutnya dua tahun berbincangan diadakan dan penduduk berpuas hati apabila kawasan yang sudah ditanam dikeluarkan daripada projek Ladang Rakyat.

Beliau juga meluahkan rasa pelik selepas lebih empat tahun projek Ladang Rakyat dijalankan mengapa pula baru sekarang ada penduduk di sesetengah tempat mempertikaikan.

Oleh itu beliau mengsyaki ada orang tengah yang menjual tanah milik kerajaan cuba menimbulkan pelbagai dakwaan bukan-bukan terhadap Ladang Rakyat.

Seramai 10 penduduk ditemui di Kampung Star Baru Sabtu lalu menjelaskan perkara serupa seperti diberitahu Ramli.

Di majlis berasingan pada malam bertempat di padang Majlis Daerah Gua Musang lebih 1,000 penduduk hadir mendengar penjelasan mengenai isu membabitkan Ladang Rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi tampil menjelaskan isu tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkefli Mohamad dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Jusoh.

Biar pun hujan pada sebelah petang, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan sebenar mengenai isu Ladang Rakyat selepas diberi imej negetif media harian proUmno.

Dr Nazmi berkata, sejak daripada awal lagi pemimpin Umno cuba menggagalkan projek Ladang Rakyat apabila mereka menentang ketika Enakmen Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dibentang pada persidangan Dun Kelantan.

Katanya, selama dua hari setengah enakmen tersebut dibahas dan akhirnya perbadanan tersebut berjaya diwujudkan dengan undian 23 Adun PAS menyokong dan 22 Adun BN menentang.

”Umno menentang kewujudan program Ladang Rakyat kerana program ini memberi kebajikan kepada rakyat di mana sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM40 juta dibayar kepada lebih 4,300 peserta.

”Kejayaan program ini dapat dilihat apabila pada pilihan raya umum Mac 2008 Adun BN yang menentang penubuhan Ladang Rakyat kecundang dalam pilihan raya sehingga tinggal enam orang,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan biar pun Umno mendesak kerajaan negeri mengeluarkan kertas putih kononnya berlaku penyelewengan membabitkan Ladang Rakyat, namun audit yang dilakukan Jabatan Audit Negara tidak menemui sebarang penyelewengan.

Menteri Besar pula menyokong cadangan Ladang Rakyat menyaman pihak yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap agensi terbabit.

7 comments:

  1. YER LAH. YANG DATANG BERHIMPUN TU SEBENARNYA NAK TAU, APA YANG MEREKA AKAN DAPAT SEBAGAI ' PESERTA LADANG RAKYAT '. HAKIKATNYA SAMPAI SEKARANG MEREKA TAK DAPAT APA APA PUN SELAIN JANJI..

    ReplyDelete
  2. fitnah la yang hang tau luncai, UMNO upah pun hanya 200 yang mainak buat mcmana fitnah je la

    ReplyDelete
  3. Biarlah puak-puak UMNO buat macam tu.Bagi depa 200 orang tu lebih ramai dari 2000 orang.Yang 200 orang tu saja yang tinggal untuk UMNO.Lepas ni tinggal 20 orang....dan lepas tu tinggal 2 orang ( batu nisan ).

    ReplyDelete
  4. Jangan suka fitnah wahai siluncai kedi,apa kau peserta ladang rakyat ke...kalau tak ada bukti jangan cakap..

    ReplyDelete
  5. luncai ni memang bengong lagi bangang,memanglah hakikatnya sekarang tak dapat apa kerana kelapa sawit yang ditanam umur baru tiga tahun munkin baru bernga.

    ReplyDelete
  6. ANON 8 : 43,

    PUAK PUAK NI DAH JADI 'TUAN PUNYA LADANG RAKYAT PALSU' DAH LEBIH 10 TAHUN.

    KALAU SAWIT BARU 3 TAHUN DITANAM MAKNANYA DEPA MAKAN 'PENIPUAN TOK GURU' LEBIH 7 TAHUNLAH..

    ReplyDelete
  7. ala luncai hang tok sah dok gelembong kat sini. kalau tak tau dok diam, komen pun fitnah baik tak payah komen

    ReplyDelete