Pelancaran gelombang 'PAS Ganti Umno' pada akhir tahun lalu merupakan satu igauan buruk buat Umno Terengganu.Bermulalah dari situlah PAS Terengganu melancarkan gelombang PGU ke seluruh pelusuk negeri Terengganu.
Disamping seminar-seminar yang dianjurkan kepada pendokong, ahli dan penyokong PAS, pihak Jabatan Penerangan PAS Terengganu juga mengeluarkan bahan penerangan berbentuk risalah dan juga kain rentang.
Seluruh pelusuk Terengganu mula diserang pemasangan kain rentang PAS Ganti Umno di setiap ceruk kampung.Pemasangan di tempat-tempat strategik ini begitu menarik perhatian rakyat yang sememangnya sudah lama cukup tertekan dengan segala tindak tanduk kerajaan Umno BN ini.
Pastinya tindakan PAS Terengganu ini begitu menggelisahkan Umno yang semestinya berbulu mata bila terpandang kain-kain rentang yang dipasang ini.
Begitulah yang terjadi di Dungun akhir-akhir ini,kain-kain rentang ini mula dijadikan bahan sasaran melepaskan geram dan dendam pihak Umno BN.Bukan setakat dicuri dari tempatnya pada awal pagi,bahkan turut dirosakkan dengan kelaran dan koyakan bagi menggambarkan busuknya hati sipelaku ini.
Kain rentang besar PGU yang sudah dipasang berbulan-bulan di persimpangan traffic light Gong Pasir ini dipercayai dibuang dan dirosakkan pada awal pagi ini.Selain kain rentang PGU tersebut, kain rentang isu harga minyak dan gula naik lagi turut menjadi sasaran.
Tindakan ini juga dipercayai bagi memberi laluan selesa kepada konvoi Menteri Besar Terengganu yang akan melintasi persimpangan ini pada pagi esok bagi merasmikan program sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Dungun di Sekolah Menengah Teknik Dungun.
Pihak PAS Dungun amat berterima kasih kepada pihak tuan tanah persendirian yang mengizinkan tanahnya digunakan untuk kerja pemasangan kain rentang ini.Ini bermakna pemasangan kain rentang PGU ini berjaya membuatkan Umno BN tidak tidur lena hingga pilihanraya umum yang akan datang ini.Dan sememangnya tekad pemuda Dungun akan terus melakukan serangan PGU ini hingga Umno Dungun rebah dan tersungkur dalam PRU 13 ini.
Biasalah brother, kami di Kedah pun ada banner sambutan Gong Xi Fat Chai, ghaib ghuyub entah ke mana. Selain ada banner sambutan Hari Raya ditoreh-toreh. Ujian Allah.
ReplyDelete